Buku ringkas terbaru karya Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertemakan kepimpinan telah siap dicetak. Buku ini menerangkan berkenaan kepimpinan dalam Islam serta kriteria kepimpinan yang perlu diteladani oleh para pemimpin Islam daripada para anbiya'. Rasulullah dan para anbiya merupakan contoh teladan bagi seluruh umat Islam, justeru kepimpinan yang terbaik adalah yang mengikuti jejak langkah mereka.
Salah faham terbesar umat Islam hari ini apabila menganggap Islam hanyalah pada ibadah ritual semata-mata. Sedangkan Islam itu adalah cara hidup, dan dibuktikan dengan contoh teladan Rasulullah yang menunjukkan perlaksanaan Islam dalam diri, masyarakat dan negara yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
Ikuti cuplikan daripada prakata buku ini daripada Tuan Guru :
"Buku ini mengangkat tema qiadah atau kepimpinan Anbiya' AS sebagai role model. Aturan kepimpinan mestilah menepati prinsip dan piawaian yang telah digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu memimpin Negara Islam Madinah Al-Munawwarah yang bermasyarakat Madani. Begitu juga panduan yang telah diwariskan oleh para Anbiya' AS terdahulu."
<div id="section-1" class="ui-tabs-panel" style="display: block;"> <p>Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit,� (Hadis riwayat Tirmizi)</p> <p>Di dalam Quran, Allah menjelaskan dalam surah al-Muzammil ayat 1 hingga 3 yang bermaksud, �Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersolat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit.� Allah menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud, �Dan, pada sebahagian malam hari, bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.� Dalam ayat yang pertama, Allah menyuruh orang yang berselimut, iaitu orang yang tidur, supaya bangun pada malam hari bagi mengerjakan solat tahajud. Manakala dalam ayat yang kedua, Allah menegaskan solat tahajud adalah satu ibadah tambahan, dengan janji akan mengangkat darjat pengamal solat tahajud ke darjat yang terpuji. Solat tahajud memiliki manfaat praktis, baik daripada segi keagamaan mahupun daripada segi kesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi yang bermaksud, �Solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.</p> </div>