Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789674602444
Penulis: Galeri Petronas
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 156
==========================
Falsafah pembangunan PETRONAS adalah menjuruskan kepada pembangunan keseluruhan atau holistik yang sentiasa melihat dari segi keseimbangan diantara sains, kejuruteraan dan juga seni budaya. Berasaskan matlamat ini, Galeri PETRONAS bertanggungjawab dalam membangunkannya seiring dengan perkembangan seni kontemporari.
Kami membawakan 'Young Malaysia Artists New Object(ion) III, sekali lagi bagi menampilkan karya-karya terbaharu untuk seniman muda bertapak dan mengangkat mereka ke aras yang lebih relevan dalam ruang pembangunan karier masing-masing. Galeri PETRONAS merupakan pemangkin atau 'catalyst' yang komited dan fokus pada pembangunan kreativiti karyawan-karyawan seni tanah air. Ekspresi seni yang kaya dan pelbagai secara tidak langsung menyatukan para karyawan yang berbilang bangsa dan berbagai latar belakang.