Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat (L111,BL109)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.26 kg
9789830976372
12 pieces
+
Add to wish list
SINOPSIS / SARI RANSANG
 
Buku “Wang Emas” berbeza dari buku-buku lain yang ada dipasaran. Hampir kesemua buku-buku emas dipasaran bercakap tentang “beli harga rendah jual harga tinggi”, tetapi buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi.
 
 
Buku Wang Emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.

 

Mengapa EMAS begitu bernilai?

Sejarah  membuktikan:

  • Satu Dinar (emas seberat 4.25gram) mampu membeli seeokr kambing pada zman Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini, harga satu dinar secara relatifnya masih mampu membeli seekor kambing. Kuasa beli emas tidak susut sejak lebih 1400 tahun!
  • Ketika namanya disenaraihitamkan oleh tentera Indonesia kerana terlibat dengan gerakan Gabungan Acheh Merdeka (GAM), dia lari ke Malaysia. Ibunya membekalkan barang kemas yang seberat sekitar 20 gram. Itulah harta yang beliau bawa bersama untuk memulakan hidup baharu.
  • Sewaktu peperangan yang panjang antara Vietnam dengan Amerika dahulu, ramai rakyat Vietnam menjadi perlarian di negara lain. Harta mereka ditukar kepada kepingan emas yang dinamakan Kim Thant. bentuknya nipis dan boleh disorokkan dalam jahitan baju. itulah harta yang mereka gunakan untuk membina semula kehidupan.

Itulah EMAS yang nilainya melangkaui sempadan dan garis masa serta tetap bertahan dalam situasi gawat.

Buku ini membicarakan tentang emas dalam bentuk yang mudah dihadam oleh orang kebanyakan. Penulis tidak bermain dengan fakta dan kajian terperinci tentang emas, tetapi lebih menekankan pengalaman menyimpan emas secara praktikal dalam konteks membina kekayaan. Satu panduan berkesan kepada mereka yang sedang berjinak-jinak dalam dunia EMAS dan sesiapa saja yang mahu masuk ke dunia itu.

========================================================================================

ISI KANDUNGAN

 

=====================================================================================

ULASAN:

Video Ulasan Buku:

https://www.facebook.com/mohamadshafiqrohaizad.buyong/videos/2310410565640194/

Penerbit:
Galei Ilmu
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat:
220 Muka Surat