(OS) Ustaz, Berapakah Umur Ahli Syurga? (R2)

Rak: L290
RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.43 kg
OS
10 pieces
+
Add to wish list

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-251-6 
Tarikh Terbit: 24 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 328

Kategori: AkidahBukan Fiksyen Umum,Bantu Diri UmumMotivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri

Siri:

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

 

Buku ini adalah himpunan jawapan penulis kepada soalan-soalan yang diajukan menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Perlis, talian hukum Jabatan Mufti Perlis, email peribadi, dan Facebook. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa buku ini memuatkan himpunan soal jawab bersifat semasa dan yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat. Dalam usaha memberi jawapan dan penjelasan itu pula, penulis sentiasa berusaha menjawab setiap soalan yang dilontarkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih. Juga dengan panduan daripada hasil-hasil penulisan para ulama Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah. Jikalau diperhatikan, kaedah bertanya dan menjawab soalan memiliki kesan yang begitu besar dalam menuntut ilmu. Ilmu itu seperti sebuah menara tinggi yang terserlah, dan ada waktunya kegelapan malam datang melitupi menara itu. Justeru, bersoal jawab itu mengambil peranan lampu yang menyuluh, menerangi menara ilmu yang tinggi, dan menyingkap kesamaran disebabkan sifat tidak tahu. Kerana itu kaedah bersoal jawab ini digunakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 

Semoga buku ini memberi banyak manfaat kepada umat Islam dalam usaha memahami persoalan-persoalan agama.

 

Antara perbincangan menarik dalam buku ini adalah:

  • Apakah perbezaan antara Mukmin dan Muslim
  • Bolehkah kita berkahwin di syurga nanti dengan wanita yang kita cintai di dunia?
  • Hukum memberi zakat kepada adik-beradik
  • Wajibkah mentaati arahan ibu supaya mentalakkan isteri?
  • Bolehkah seorang wanita meletakkan syarat tidak boleh berpoligami kepada bakal suami?
  • Hukum membaca dalam hati ketika solat
  • Adakah bahagian dagu wanita termasuk aurat?
  • Apakah hukum ijazah yang diperoleh hasil daripada meniru dalam peperiksaan?
  • Doa melindungi diri daripada kejahatan musuh
  • Bagaimanakah cara melindungi rumah daripada gangguan jin dan syaitan?
  • Apakah hukum mengatakan "Aku Kafir"
  • Hukum memberi salam dengan lafaz 'salam' ataupun 'as-salam' sahaja
  • Apakah isteri wajib mentaati suami supaya berhenti kerja
  • Apakah hukum berdemonstrasi atau tunjuk perasaan
  • Apakah wajib seorang suami memberi bayaran bulanan kepada isteri
  • Apakah hukum mengumpat orang bukan Islam
  • Apakah hukum jamak solat jumaat dengan solat asar

==============================================

ISI KANDUNGAN

 

PENDAHULUAN

BAHAGIAN 1: AKIDAH

HUKUM MENGATAKAN, "AKU KAFIR!"

HUKUM MEMBELI KERETA YANG MEMPUNYAI LAMBANG SALIB SEPERTI CHEVROLET

TALI HITAM RAWAT MUNTAH

SYIAH DAN HADITH GHADIR KHUM

APAKAH PERBEZAAN ANTARA MUSLIM DAN MUKMIN

BILAKAH SEORANG MUSLIM DIKIRA SEBAGAI SEORANG MUKMIN

JIKALAU KITA MENDOAKAN SESEORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA, APAKAH DIA TAHU

BACAAN AL-QURAN DAN SEDEKAHKAN PAHALA KEPADA MAYAT

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG MATI SEBELUM BALIGH

BERAPAKAH UMUR AHLI SYURGA

BOLEHKAH DI SYURGA NANTI KITA BERKAHWIN DENGAN WANITA YANG KITA CINTAI DI DUNIA

KELEBIHAN WANITA YANG KEGUGURAN

BAGAIMANA CARA MELINDUNGI RUMAH DARIPADA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN

 

BAHAGIAN 2: KEKELUARGAAN 

SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA ISTERI SELEPAS TERBUKTI DIA BERBOHONG

NAFKAH IBUBAPA TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI ATAU ANAK PEREMPUAN

APAKAH KEWAJIBAN SEORANG SUAMI MENANGGUNG BELANJA PERUBATAN UNTUK ISTERI

HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA ADIK-BERADIK

HUKUM SEORANG SUAMI MENGHALANG ISTERI BERHUBUNG DENGAN ADIK-BERADIKNYA

ISTERI YANG MELAKUKAN ZINA, APAKAH TERTALAK DENGAN SUAMINYA

APAKAH NASIB SEORANG AYAH MASIH WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ANAK PEREMPUANNYA YANG BUJANG

APAKAH SEORANG ISTERI MENTAATI ARAHAN SUAMI SUPAYA BERHENTI KERJA

SUAMI LEBIH BERHAK TERHADAP ISTERI BERBANDING DENGAN IBUNYA

HAK MENJAGA ANAK

HUKUM BERSANDING

BOLEHKAH SEORANG WANITA MELETAKKAN SYARAT TIDAK BOLEH BERPOLIGAMI KEPADA BAKAL SUAMI

HUKUM MENGAKU BUJANG, SEDANGKAN SUDAH BERISTERI

HUKUM DUA ORANG ISTERI (MADU) TINGGAL SERUMAH DENGAN SUAMI

DOA ORANG MANDUL MAHU MENDAPATKAN ANAK

APAKAH WAJIB SEORANG SUAMI MEMBERI BAYARAN BULANAN KEPADA ISTERI

APAKAH SEORANG ISTERI WAJIB MENTAATI SUAMI YANG MENGUTAMAKAN ZIARAH AHLI KELUARGANYA BERBANDING DENGAN KELUARGA ISTERI

SUAMI ISTERI : SETARA DAN SAMA RATA

APAKAH WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ADIK PEREMPUAN ATAU KAKAK

SUAMI MELARANG SAYA BANTU IBUBAPA YANG SUSAH DENGAN ALASAN TANGGUNGJAWAB ITU DIATAS BAHU ADIK-BERADIK LELAKI

APAKAH SEORANG ISTERI BOLEH MENGELUARKAN SEDEKAH DARIPADA HARTANYA TANPA KEIZINKAN SUAMI

MEMIKIR BERKENAAN TALAK

APAKAH YANG DILARANG BAGI WANITA HAID

 

BAHAGIAN 3: IBADAH

HUKUM MEMBACA DALAM HATI KETIKA SOLAT

APAKAH BAHAGIAN BAWAH DAGU WANITA TERMASUK AURAT

BAGAIMANA MAHU MEMEBAYAR HUTANG KEPADA ORANG YANG TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

HUKUM MELEBIHKAN BAYARAN HUTANG

APAKAH BENAR KISAH UMAR PERNAH DIMARAHI ISTERINYA

HUKUM TULIS 'INSYA ALLAH'

MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK KETIKA TASYAHUD

HUKUM MENGGUNAKAN BARANGAN AWAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI

...

HUKUM CUCIAN KERING / DRY CLEAN

TIDAK MAMPU MENUNAIKAN NAZAR

MASBUQ SOLAT JUMAAT

HUKUM AKIKAH BAYI YANG MENINGGAL SELEPAS DILAHIRKAN

LEWAT QADA' PUASA

DOA MELINDUNGI DIRI DARI KEJAHATAN MUSUH

WAKTU AKHIR SOLAT ISYAK

 

BAHAGIAN 4: HADITH

HADITH BUMI TERLIPAT PADA WAKTU MALAM

HADITH PALSU PERIHAL ROKOK

HADITH RAHSIAKAN PERTUNANGAN DAN UAR-UARKAN PERKAHWINAN

DARJAT HADITH MELIHAT KAABAH ADALAH IBADAH 

DARJAT HADITH BERPEGANG PADA SUNNAH MENDAPAT PAHALA SYAHID

ADAKAH KITA PERLU BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T SEDANGKAN DIA SUDAH SEDIA MENGETAHUI KEPERLUAN DAN HAJAT SETIAP HAMBANYA

DARJAT HADITH AS-SAFINAH

HADITH 10 SAHABAT DIJAMIN SYURGA

HADITH LARANGAN BERCAKAP KETIKA AZAN

SIAPAKAH AHLUL BAIT NABI S.A.W

QADIANI DAN HADITH GERHANA BULAN SERENTAK

KEDUDUKAN HADITH MUSALSAL BI AL-MUSAFAHAH

TAMBAH KALIMAH 'KARIM' DALAM DOA MALAM LAILATUL QADAR

HADITH ABDUL RAHMAN BIN AUF MERANGKAK MASUK KE SYURGA TIDAK BENAR

HADITH PALSU BERKENAAN SEBAB PENSYARIATAN SOLAT LIMA WAKTU

BENARKAH KHALID AL-WALID MENANG DALAM PEPERANGAN KERANA MENYELITKAN RAMBUT NABI S.A.W DI DALAM SERBANNYA

APAKAH MADU LEBAH PENYEMBUH KEPADA SEMUA PENYAKIT

 

BAHAGIAN 5: LAIN-LAIN

FATWA AS-SYEIKH HAMUD BIN UQALA AS-SYUAIBI BERKAITAN BOIKOT BARANGAN MUSUH ISLAM

PEMBELAAN DARIPADA AS-SYEIKH HAMUD BIN UQALA AS-SYUAIBI TERHADAP SAYYID QUTUB

HUKUM BERDOA KEPADA PEMERINTAH

HUKUM SEORANG WANITA YANG MENDERMA DARAH KEPADA BAYI, APAKAH SAMA DENGAN HUKUM SUSUAN

HUKUM MENULIS AYAT AL-QURAN DALAM BENTUK BURUNG DAN SEUMPAMANYA

HUKUM BERDEMONSTRASI ATAU TUNJUK PERASAAN 

HUKUM BERDIRI MENDENGAR LAGU KEBANGSAAN

HUKUM MENGAMINKAN DOA RANCANGAN TV DAN RADIO

JEMAAH ISLAM YANG PALING BENAR

APAKAH NABI YUSUF A.S BERKAHWIN DENGAN ZULAIKHA

MOHON PENJELASAN BERKENAAN KUMPULAN AHBASH

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

BIODATA PENULIS

 

==============================================

ULASAN

 

Buku ini diterbitkan pada tahun 2014, apabila membaca perkara yang dibangkitkan dalam buku ini ianya sangat segar malah kini hangat dibahaskan oleh pihak yang mendaftar diri sebagai ASWAJA, isu yang begitu releven sekali hingga 2016 dan masa hadapan. Ketika membaca buku ini adakalanya saya terfikir adakah dengan kebangkitan penulisan-penulisan tajdid (gerakan memgembali agama sepertimana asal yang bersih dari syirik dan khurafat) kebelakangan ini, membuatkan golongan syiah dan pencinta bida’ah panas telinga lalu bangkit dengan sengketa? Bacalah persoalan-persoalan yang dibahas dalam buku ini, mungkin anda bersetuju. Malah dipenghujung buku ini ada pendedahan dan kupasan status sesebuah hadis yang kedengaran pelik tetapi diyakini oleh banyak orang.
 
Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohamad Abdul Kadir Sahak, yang kini bertugas di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Penulisan-penulisan beliau yang mendalam, jelas dan ilmiah ini juga boleh juga dibaca dalam blog beliau, Blog Hukum-Hakam. Buku-buku keluaran PTS terkenal dengan reka-letak yang kemas dan menarik.
 
Penerbit:
PTS MILLENNIA SDN. BHD.
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
314 Muka Surat
Rak:
L290