Tun Perak Paduka Raja

Tun Perak Paduka Raja
RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.47 kg
9789671189788
Out-of-stock
Tun Perak yang dididik secara Islam oleh mualim-mualim yang mula menyebar Islam di Melaka pada tahun 1420 Masihi memisahkan budaya istana daripada corak lama iaitu, budaya animisma dan Hindu-Buddha. Contohnya di bawah kepercayaan Hindu-Buddha kuasa mutlak raja tidak sesiapa boleh menyoal kerana ini adalah perbuatan derhaka. Pegangan ini telah dihadkan oleh Tun Perak kepada raja yang adil. Raja zalim boleh disanggah, mengikut hukum Islam.

Berasaskan konsep ini Tun Perak menasihati dan mengemudikan pemerintahan tiga raja Melaka. Hasilnya Melaka membangun dari segi ekonomi, politik dan sosial dengan hebat, sehingga dapat menguasai sebahagian besar Alam Melayu. Banyak reformasi yang diperkenalkannya seperti mengkanunkan undang-undang yang mempastikan iklim perniagaan dan pembukaan negeri berada di dalam keadaan aman dan sejahtera. Competitive advantage Melaka berbanding dengan kuasa-kuasa serantau seperti Siam dan Majapahit diperkuatkan oleh adanya reform-reform yang diperkenalkan Tun Perak.

Tun Perak menyedari bahawa kerana teguhnya wkhuwah di kalangan saudagar Islam dengan pemerintah, Melaka berjaya membangun ekonoinya dengan pesat. Di atas struktur ekonomi yang kukuh, prasarana politik dan sosial masyarakat Melaka dibina menjadi asas tamadun Melayu moden. Di bawah pimpinan Tun Perak sinar Islam memancar dari Melaka ke seluruh Alam Melayu.
Penerbit:
AFIF BOOKS SDN BHD
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih