Tumit Akilis dan lain-lain esei (L114)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.30 kg
9789838840705
Out-of-stock
Add to wish list

SINOPSIS/SARI RANSANG

Esei - esei penulisan dari Khalid Ja'afar mengenai soal politik bersulamkan babak - babak sejarah lampau sebagai perbandingan.

======================================

Ulasan:

Aku harus katakan di sini, aku bukanlah penggemar idea-idea yang dianut ramai kalangan urban-kelas menengah- atau Islamis yang mahu dilihat progresif seperti Liberalisme. 

Tetapi sungguhpun begitu, karya ini mengasyikkan. Aku rasa Pak Khalid menulisnya dengan baik sekali, sampai aku TERPAKSA memberikan 4 bintang, walaupun aku berada di haluan berbeza dengan beliau dan puak-puaknya. Banyak esei yang ditulisnya dengan cemerlang dan penuh pengetahuan juga disulami bahasa yang lembut, teratur lagi sinis, ini membuatkan karya ini perlu dibaca untuk memahami situasi politik di Malaysia. 

Pak Khalid memanglah seorang yang anti pada Kiri, Sosialisme dan yang sewaktu dengannya. Nama Karl Marx hampir tak tersebut di kompilasi esei ini, melainkan satu kali. Nama Karl Marx dan Hisyamudin Rais mempunyai bilangan sebutan yang sama, lebih teruk dari Kassim Ahmad yang ada satu esei khusus untuk membedal pemikir kontroversial tersebut. 

Esei-esei di dalam buku ini adalah esei-esei lama. Tetapi tetap segar dibaca. Aku pernah membaca buku yang senada dengan buku ini, iaitu buku terbitan ZI Publication tulisan pensyarah rambut panjang di UM. Esei-eseinya tidak begitu kuat dan meninggalkan kesan seperti tulisan-tulisan di dalam buku ini yang aku nikmati dengan baik.

Aku fikir esei-esei ini penting untuk dibaca, dan diulangbaca, baik apa aliran pun, kerana esei-esei ini selain merakam zaman, cuba menerbitkan wawasan beliau tentang apa yang beliau harapkan. Dan aku fikir Pak Khalid pun sekarang mungkin dah tak sempat menulis lagi (buku baru) kerana sibuk dengan politik praktik (walaupun nampaknya itu semacam bukan keahliannya) membuatkan buku ini akan jadi magnum opusnya yang penting.

Mungkin juga fokus beliau dan anak-anak buahnya sekarang pada IBDE - antara wawasan dalam Tumit.

Goodreads

Penerbit:
Institut Kajian Dasar
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih