ISBN: 978-967-14060-2-1
Tahun Terbit: 2017
Editors: Ahmad Nadzri Mohamad, Shaharom TM Sulaiman, Shamila Mohamed Shuhidan, Siti Arpah Noordin & Tengku Adil Tengku Izhar
Price: RM28.00 / USD 12.00
Language: Malay
Para pemikir dan futuris telah meramalkan abad ini dan abad mendatang akan diwarnai oleh informasi atau maklumat yang berbekalkan teknologi komunikasi yang serba canggih. Inilah abad yang berada di depan kita yang telah mewarnai segala aspek dimensi kehidupan kita termasuklah dunia perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah. Kemunculan istilah virtual library, digital resource center, electronic resource center, mahupun pusat sumber ke-21 di Malaysia merupakan fenomena yang cukup menjanjikan pelbagai harapan.
Seiring dengannya, pembelajaran di alaf baru melibatkan antisipasi Pusat Sumber Sekolah yang lebih dinamik untuk memenuhi tuntutan pendidikan negara. Kreativiti, kolaborasi dan fleksibiliti merupakan unsur-unsur utama yang mewarnai persekitaran pembelajaran mendatang dan Pusat Sumber Sekolah merupakan wahana penting yang mentranformasikan persekitaran yang kompleks, mencabar dan serba canggih ini.