The Psychology of Selling (Edisi Bahasa Melayu) (L189,PY28)

 READY STOCK

Stok sudah masuk stor. 

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.30 kg
978-967-481-650-6
580 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: The Psychology of Selling: Edisi Bahasa Melayu
ISBN: 978-967-481-650-6
Penerbit: PTS
Penulis: Brian Tracy
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 256
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Anggaran Berat (kg): 0.3 kg
Dimensi (cm): 15.24 x 1.3 x 22.86 cm

 

Diejek, dipandang serong & dimaki, itu adalah cabaran biasa bagi seorang jurujual.

Ada juga ejen jualan yang meluangkan masa berhari-hari untuk meyakinkan pelanggan, namun akhirnya pelanggan menyepi dan tidak membeli.

Namun, ada juga jurujual yang seolah-olah mempunyai kuasa ajaib. Jualannya sentiasa naik dan pelanggan membeli tanpa henti.

Aura mereka memang hebat, seolah-olah mereka ini mampu menjual ais kepada orang Eskimo dan mampu menjual pasir kepada orang Arab.

Apakah beza antara jurujual yang cemerlang dengan jurujual yang kecundang?

Buku The Psychology Of Selling ada jawapannya.

Ini adalah buku bestseller sepanjang zaman & dianggap sebagai rujukan utama dalam bidang jualan. Brian Tracy adalah jurujual profesional yang dianggap sebagai legenda.

Buku ini berkongsi idea, teknik & strategi untuk menjual dengan lebih pantas & lebih senang. Prinsip jualan dalam buku ini bersifat universal dan sesuai sepanjang zaman. Lebih menarik, ia sesuai dipraktikkan dalam pelbagai bidang jualan sama ada jualan langsung, e-commerce, perundingan atau profesional.

Ditulis pada tahun 2006, teknik dalam buku ini sudah teruji dan terbukti berkesan sehingga sekarang.

Tingkatkan jualan anda lebih cepat dan mudah daripada apa yang anda sangkakan. Kejayaan pasti menjadi milik anda! Itulah janji yang sentiasa dipenuhi oleh Brian Tracy berulang-ulang kali. Makin ramai wakil jualan menjadi jutawan selepas mendengar dan mempraktikkan idea-idea beliau.

Buku ini wajib dimiliki oleh para usahawan, pemilik bisnes, pengurus, eksekutif jualan, perunding kewangan, ejen takaful, jurujual dan individu yang mahu meningkatkan jualan masing-masing.

 

ISI KANDUNGAN

Prakata Penterjemah

Pengantar Penterjemah

Pengenalan

BAB 1: Rahsia Kerjaya Jurujual
BAB 2: Tetapkan dan Capai Sasaran Jualan
BAB 3: Sebab apa Pelanggan Membeli
BAB 4: Menjual secara Kreatif
BAB 5: Dapatkan Lebih Banyak Temu janji
BAB 6: Kuatnya Pengaruh Suasana
BAB 7: Membuat Jualan
BAB 8: 10 Tip Menjual yang Berjaya

Program Mentoring dan Bimbingan Lanjutan Menentukan Hala Tuju Utama

Profil Penulis

 

BRIAN TRACY

Brian Tracy ialah seorang penceramah profesional terkenal dan jurulatih dalam bidang jualan. Beliau sudah melatih lebih 500, 000 wakil jualan di seluruh dunia. Beliau juga merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Brian Tracy International, sebuah syarikat yang mengkhususkan latihan dan pembangunan individu dan organisasi.

Matlamat Brian adalah untuk membantu mereka yang ingin mencapai matlamat peribadi dan perniagaan dengan lebih pantas dan lebih mudah daripada yang mereka bayangkan. Beliau telah menulis dan menghasilkan lebih daripada 300 program pembelajaran audio dan video, termasuk Psychology of Achievementyang terlaris di seluruh dunia, yang diterjemahkan kepada lebih daripada 28 bahasa.

Beliau menggembara dan bekerja di lebih darpada 107 buah negara di enam benua, dan berkomunikasi dalam empat bahasa. Beliau aktif dalam komuniti dan urusan negara, dan merupakan Presiden tiga syarikat yang beribu pejabat di Solana Beach, California.

Tracy juga sudah menulis 36 judul buku seperti buku terlaris beliau iaitu Focal PointGoals!Create Your Own Future, dan Million Dollar Habits. PTS Publishing House juga mula menerbitkan buku beliau yang bertajuk Create Your Own Futurepada 13 oktober 2014 selain beberapa buah buku karya beliau iaitu Eat That FrogSpeak To Win (Edisi Bahasa Melayu)No Excuses! (Jangan Berdalih Lagi untuk Berjaya), dan Reinvention (Edisi Bahasa Melayu).