Cart is empty
Buku Teori dan Kaedah Aplikasi Dalam Karya merupakan buku yang pertama kali diterbitkan secara khusus untuk melihat bagaimana teori dan pendekatan tertentu digunakan untuk menganalisis karya sastera. Terdapat 19 bab berkaitan teori dan pendekatan yang boleh didapati dalam buku ini, iaitu semiotik, hierarki keperluan manusia, intertekstualiti, adaptasi, realisme magis, ilmu sosial, estetika, filologi, konflik, ginokritik, puitika sastera Melayu, neo-nostalgia, konseptual kata kunci, takmilah, adab, dan diplomasi Islam. Semua bab dalam buku ini ditulis oleh ahli akademik yang terdiri daripada pensyarah universiti. Buku ini bermanfaat untuk para pelajar ijazah sarjana muda, ijazah tinggi, ahli akademi, pengkaji dan khalayak sastera.
Penerbit:
ITBM
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
295 Muka Surat