Sinopsis:
Tengku Menteri: Kisah Tokoh Korporat Bijih Timah Melayu Terulung Long Jaafar dan Ngah Ibrahim Pengasas Taiping Bandar Warisan 1790 Hingga 1895 mengisahkan kegigihan dan perjuangan korporat Melayu yang muncul pada abad kesembilan belas iaitu Long Jaafar (bapa) dan Ngah Ibrahim (anak) di daerah Larut Matang, Perak Darul Ridzuan. Novel ini juga mengingatkan betapa pentingnya kemerdekaan sesebuah negara dijaga oleh pembesar dan rakyatnya. Jangan bercakaran sehingga penjajah masuk dan merampas segala kebebasan dan harta yang ada. Apabila semuanya dikuasai oleh orang asing, kita akan kerugian.
Talib Samat dilahirkan pada 13 Mac 1959 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim dan dibesarkan di Felda Ulu Terbaru, Ulu Tiram, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Tiram dan Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Rendah Majidi Baru, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Seterusnya beliau mengikuti pengajian luar kampus di Universiti Sains Malaysia sehingga memperoleh ijazah Sarjana Sastera (Kesusteraan) pada 13 Ogos 1994 dan ijazah Sarjana Sastera (Kesusasteraan) pada 4 Julai 1998. Beliau meneruskan pengajian ke peringkat kedoktoran dan mendapat iajazah Ph.D 2001.