Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor (L110)

RM28.00
Price in points: 28 points
Weight: 0.18 kg
9789671826003
Out-of-stock
Add to wish list

Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor merupakan sebahagian rakaman sejarah mengenai polemik agama yang berlaku di ranah Nusantara ini.

Karya ini mengandungi kumpulan jawapan balas HAMKA terhadap pernyataan-pernyataan Mufit Negeri Johor iaitu Dato' Sayyid Alwi Tahir al-Haddad yang tersiar dalam akhbar Semenanjong, bertarikh 26 Zulhijjah 1377 (14 Julai 1958).

HAMKA dengan sikap budi pekerti dan rendah hatinya menangkis segala kenyataan Dato' Sayyid Alwi dengan penuh bijaksana tanpa sedikit pun memperkecilkan peribadi mufti Johor tersebut.

Naskhah ini memperlihatkan kepada kita bahawa HAMKA merupakan tokoh yang mementingkan permuafakatan dan persefahaman. Segala pandangan yang dilontarkan HAMKA bersifat menjernihkan dan memurnikan.

Penerbit:
Jejak Tarbiah
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
130 Muka Surat