Sun Tzu: Art of Business (2021 - Edisi Bahasa Melayu) (L164,BL161, G08)

RM27.00
Price in points: 27 points
Weight: 0.30 kg
978-967-481-734-3
350 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Sun Tzu: Art of Business (2021 Edisi Bahasa Melayu)
ISBN: 978-967-481-734-3
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Wang Xuanming
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 203
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.30 kg
Dimensi: 22.6 cm x 15.1 cm x 1.1 cm

 

SINOPSIS

 

Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh.

Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.

Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing. 

Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.



ISI KANDUNGAN

 

Sun Tzu Art of Business

Bahagian 1 : Usahawan 

Bahagian 2 : Mengurus Pekerja 

Bahagian 3 : Strategi Untuk Bakat Dalam Syarikat 

Bahagian 4 : Seni Merangka Strategi 

Bahagian 5 : Strategi Kompetitif Syarikat 

Bahagian 6 : Strategi Kompetitif Dalam Bisnes 

Bahagian 7 : Analisis Pasaran dan Maklumat 

Bahagian 8 : Analisis Pasaran  dan Maklumat 

Bahagian 9 : Seni Menjalin Perhubungan Bisnes dan Rundingan 

Bahagian 10 : Membina Budaya Korporat 

Mengenali Ilustrator 

 

Biodata Wang Xuanming

 

Wang Xuanming adalah seorang kartunis kontemporari di China. Beliau dilahirkan pada tahun 1950 di Beijing. Latihan formal beliau adalah dalam seni komersil dan industri. Sejak 1972, beliau telah berkecimpung dalam pelbagai aspek penghasilan seni. Beliau sentiasa meneroka pelbagai cara untuk menyalurkan bakat seninya. Selain komik, buku bergambar dan ilustrasi, beliau juga juga menghasilkan lukisan cat minyak serta poster. Karya-karya beliau telah memenarngi beberapa anugerah dan telah mendapat tempat dalam album-album seni.

Karya Wang telah disiarkan secara bersiri dalam semua akhbar dan penerbitan utama di Beijing sejak 1980. Komiknya yang bertajuk Different Gravitational Forice dipuji oleh artis-artis terkenal China. Pada tahun 1987, beliau terlibat dalam pembikinan animasi Brother Elephant yang menawan hati ramai kanak-kanak apabila tersiar di kaca televisyen.

Bagi Siri Strategi dan Kepimpinan, beliau menggunakan bentuk seni yang ringkas dan lucu untuk memperkenalkan karya klasik kententeraan China kuno kepada pembaca moden. Buku-buku tersebut diterima dengan baik semasa mula diterbitkan di China dan Stesen Radio Beijing mengulas serta mencadangkan siri tersebut kepada orang ramai.

Penerbit:
PTS Publishing House
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
203 Muka Surat