Sumpahan Mahsorry Berdarah Pink (Q14)

RM17.00
Price in points: 17 points
Weight: 0.22 kg
978-967-0411-45-3
Out-of-stock

Ini kisah sambungan pengembaraan Fizz dan Tizz di alam dongeng. Kes ketujuh ini memaparkan misi pencarian pintu portal untuk kembali ke alam dongeng. Fizz dan Tizz berstatus halimunan, manakala Milo pula hanyalah sekadar kucing biasa di dunia realiti. Misi mereka semakin sukar untuk diselesaikan tanpa penggunaan alat magis.

Perancangan Fizz dan Tizz untuk bersatu dengan jasad masing-masing di hospital tidak berjaya dilaksanakan. Tubuh mereka kekal dalam bentuk roh. Oleh itu, satu-satunya cara adalah masuk semula ke alam dongeng supaya semua masalah dapat diselesaikan. Pintu portal di Gunung Ledang tempat ketiga-tiga mereka menembusi dunia realiti kini sudah tertutup.

Fizz yakin pasti ada lagi pintu portal di lokasi lain. Misi mereka kini ialah menjejak ke tempat-tempat yang terlibat dengan kisah lagenda yang magis seperti Perigi Hang Tuah, Makam Mahsuri dan Tasik Dayang Bunting. Di Melaka, mereka terkejut dengan kemunculan Hang Tuah di sekitar perigi. Hang Tuah juga memaklumkan bahawa tiada pintu portal yang boleh ditemui di sana.

Mereka bertukar lokasi dan menuju ke Langkawi pula. Di Makam Mahsuri, tanpa diduga mereka sekali lagi terkejut dengan kehadiran Mahsuri yang mulutnya asyik meminta maaf tidak henti-henti. Rupanya Mahsuri juga mencari jalan pulang ke alam dongeng dan rasa bertanggungjawab atas kemunduran negeri itu selama tujuh keturunan.