Sulaman Riben Siri 1 (R13)

RM13.00
Price in points: 13 points
Weight: 0.29 kg
978-967-0142-71-5
Out-of-stock

Sulaman Riben

Halina Abdul Hadi adalah anak kelahiran Johor yang menamatkan pengajian dalam jurusan Electrical Engineering di University of Missouri-Columbia, Amerika Syarikat.
Kini beliau bergelar Jurutera Perunding minyak & gas di Petronas yang berpengkalan di Kerteh, Terengganu.
Peringkat awal, beliau menjahit langsir, alas tidur pengantin untuk diri sendiri dan adik-beradik serta mejahit gaun untuk anak-anak kecil. Malah beliau juga mahir menyulam dan cross stitch.
Beliau mula berjinak dengan sulaman riben sejak tiga tahun yang lalu. Beliau menggunakan masa lapang dan malam hari bagi menghasilkannya.

Marlina Rahmat pula anak kelahiran Terengganu yang memegang Ijazah Sarjana Kimia daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Diploma Pendidikan daripada Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu.
Beliau memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bagi memberi tumpuan kepada anak-anak selain terlibat dengan dunia kraf.

Pada peringkat awal, beliau hanya mahir menggunakan kertas, gunting & gam, sehinggalah beliau menerima hadiah sulaman riben daripada seseorang empat tahun yang lalu. Bermula daripada detik itu, beliau jatuh cinta dengan sulaman riben dan mempelajarinya secara informal melalui internet. Perkenalan dengan Halina Abdul Hadi seakan membuka ruang baginya mendalami dunia sulaman selain memberi mereka pendapatan sampingan. Kini, mereka sudah menghasilkan tiga siri buku sulaman riben dengan penerbit daripada Indonesia.

Penerbit:
PTS MILLENNIA SDN.BHD
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
85 Muka Surat