Smash Kuasa Usahawan Minda #(L26)

RM21.00
Price in points: 21 points
Weight: 0.33 kg
9789675994555
15 pieces
+
Add to wish list


ISBN:9789675994555

Penulis: Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 257

=======================================================

Usahawan mempunyai minda yang cekap melihat peluang, berani mengambil risiko. Sentiasa kreatif dan inovatif terhadap pasaran di hadapan mereka, berkebolehan mengadaptasi isu menjadi peluang kepada mereka.

Sebagai contoh lihat lah ketika musim perayaan, berbagai barangan yang dijual untuk menarik perharian pembeli, ada peniaga menjual barangan yang sama sahaja, tetapi usahawan melihat dengan cara berbeza, mereka melangkai cara pemikiran biasa, mereka mencari ruang untuk dilihat berbeza dari peniaga kebanyakan. Oleh itu usahawan mempunyai usaha untuk merealisasikan idea baru dan kreatif.

Setiap orang adalah berpotensi untuk menjadi usahawan dan peluang sentiasa terbuka. Apa yang membezakan antara individu terhadap keusahawanan adalah motivasi diri. Bersediak untuk mengambil kira risiko terhadap masa, ekuiti, kerjaya, berkebolehan untuk menjadi pemimpin, berkebolehan untuk membina plan perniagaan yang baik dan mempunyai visi yang jelas terhadap masa depan perniagaan.

Bagaimana usahawan berfikir? Sekiranya anda ingin menjadi usahawan yang berjaya, bukan sahaja cara pemikiran, tetapi, teknik dan strategi perniagaan adalah amat penting untuk membawa perniagaan anda bersaing di kalangan pesaing-pesaing yang muncul bak cendawan selepas hujan kini.

Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It!


Buku ini mencakar dan mencabar minda anda untuk menjadi seorang usahawan yang luar biasa hebat dan memiliki jalan sendiri untuk melonjakkan perniagaan mereka.