Cart is empty
Allah S.W.T tidak mensyariatkan hukum-hakam agama yang menyebabkan kesusahan dan kerumitan sehingga kerja-kerja yang dilakukan menjadi tidak keruan. Sebaliknya di mana sahaja orang Islam mengalami kesempitan, Allah S.W.T akan melonggarkan perintah agamanya supaya semua hukumnya dapat diterima dan mampu ditanggung.
Musafir walau dengan apa cara dan tujuan sekalipun adalah sebahagian daripada kesusahan yang menyebabkan seseorang hilang tumpuan dan ketenangan. Oleh itu, Allah S.W.T meringankan banyak perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam agama-Nya daripada orang yang musafir.
Penerbit:
Pustaka Cahaya kasturi
Format:
Paperback
Muka Surat:
98 Muka Surat