Seringai: Pertembungan Antara Manusia Dan Vampire (Z14)

RM28.00
Price in points: 28 points
Weight: 0.51 kg
9789674980979
43 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Seringai: Pertembungan Antara Manusia Dan Vampire
ISBN: 9789674980979
Penerbit: Buku Prima
Penulis: Rizal Ramli
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.510kg
Dimensi (cm): 
 
SINOPSIS
 

Azril, seorang pereka grafik secara tidak sengaja terjerumus ke konflik bawah tanah yang sudah berterusan sejak beratus tahun dahulu.
Adilya, anak seorang jutawan tempatan, langsung tidak mahu akur dengan sejarah dan tradisi keluarganya.
Aziz, bersumpah untuk membalas dendam ke atas kematian anak dan isterinya.

Pertemuan secara tidak sengaja antara Azril dengan Adilya di sebuah stesen LRT telah menerbitkan rasa suka. Namun Adilya menetapkan syarat, mereka hanya boleh berjumpa pada waktu malam. Pada mulanya Azril akur, namun lama-kelamaan terasa aneh.
Suatu malam, Adilya berkali-kali memberi amaran kepada Azril supaya keluar dari sebuah kelab. Tiba-tiba, makhluk pemakan manusia menyerang kelab itu! Aziz berjaya menyelamatkan Azril. Sejak itu, semuanya terbongkar! Azril terpaksa menyertai kumpulan Aziz untuk memburu 'raksasa' itu.

Di sebalik itu, rancangan Dato' Alfred sudah mencapai fasa terakhir. Tiada apa lagi yang boleh menghalang cita-cita Dato' Alfred untuk kembali berkuasa.

Negara-negara kuasa besar sudah hampir memulakan Perang Dunia ke-3. Makhluk-makhluk ngeri berSERINGAI, berpesta darah setiap malam. Takdir akan menemukan mereka! Siapakah yang akan menguasai dunia?

Dan bisakah bersatu, cinta manusia dengan vampire?

Penerbit:
Buku Prima
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih