Anak Melayu di Palestin : Sedekad di Penjara Terbesar Dunia # (L41,BL41)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.27 kg
9789672568506
65 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Sedekad di Penjara Terbesar Dunia: Anak Melayu di Palestin 
ISBN: 9789672568506
Penerbit: Cinta Gaza Malaysia 
Penulis: Nadir Al-Nuri
Tahun Terbitan:2023
Muka Surat: 126
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.260
Dimensi (cm): 20.5cm x 13.5cm x 1cm
 
SINOPSIS
 
Saya teringat nukilan kecil yang dicatatkan dan diulang baca untuk sentiasa menolak diri berbakti.

"Apakah kepuasan yang saya dapat apabila melakukan kerja-kerja kemanusiaan?"

Kepuasan yang saya perolehi ialah bila mana batang tubuh yang letih cuba menjadikan kehidupan saudara saudara kami sejengkal lebih baik. Kepuasan yang kami raih ialah bila mana anak-anak seagama kami dapat tersenyum kerana mereka rasa dan tahu masih ada yang peduli. Kepuasan yang kami terima ialah kalau mati kami kelak di tengah perjalanan panjang cuba menyelamatkan Syria dan membebaskan Gaza.

Cakna itu indah tetapi untuk ikut bertindak itu lebih susah.

Itu yang Che' selalu sebut kepada kami, kalau setakat badan letih berjuang, tidur sekejap dan rehat, maka esok akan segar semula. Kalau setakat hati tak tenang, zikirlah dan dekatkan diri kepada Pencipta kerana gelora dan resah hati adalah akibat dari ujub dan besar diri dalam berbakti.

Semoga kalian dapat membaca, merasai dan seterusnya bertindak kerana umat sangat memerlukan belas ihsan, kepedulian dan tindakan kalian. Hari ini, sekarang.
Penerbit:
Cinta Gaza Malaysia
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
126 Muka Surat