Piah Di Hati Mr Beku # (Z18,BL53)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.38 kg
9789671747759
Out-of-stock
Tajuk: Piah Di Hati Mr Beku #
ISBN: 9789671747759
Penerbit: Rinsya Chasiani
Penulis: Mia Azwari
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 384
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.375kg
Dimensi (cm): 20.5cm x 12.5cm x 2.5cm
 
SINOPSIS
 

Kerana dinginnya Farhan, Nur Sufiah menyangka abang sepupunya itu membenci dirinya. Walaupun tahu atas dasar simpati, namun lamaran keluarga Farhan yang mahukan Piah sebagai menantu disambut dengan hati yang terbuka. Malah Piah telah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan Aidil, si Mr Beku. Namun perkahwinan saja, belum mampu menyatukan dua hati. Farhan dan Piah terpisah membawa haluan masing-masing.

"Hari ni, ada tak pensyarah tu datang?" - Piah "Pensyarah tu lelaki ke perempuan?" - Iris

"Lelaki dan serius giler. Muka tu ketat je sepanjang mengajar. Tak pasal-pasal, kelas kawan aku gelar dia Mr.Beku ... " - Fatin

Piah tersentak.

Farhan bekerja sebagai pensyarah di UUM, fakulti tempat Piah belajar. Farhan berlagak tidak mengenali Piah. Dan Piah juga begitu. Semakin lama, Piah gagal membaca hati dan perasaan milik suaminya.

"Kenapa abang kahwin dengan Piah? Kenapa bukan dengan Kak Maira? Apa lagi yang abang tipu Piah?? - Piah

Sesaat Piah tahu dulu Farhan pernah hampir bertunang dengan wanita lain sebelum perkahwinan mereka, kebencian Piah semakin menggunung tinggi!

"Terpulanglah pada Piah nak buat apa lepas ni. Abang dah tak peduli. Ini yang Piah nak kan? Kalau Piah rasa nak ikut abang balik KL, kemas barang Piah sekarang. Kalau Piah tak nak, Piah boleh terus tinggal di sini. Abang tak nak paksa Piah.'

Siapakah Piah di hati Farhan Aidil? Isteri, orang asing, atau setakat adik sepupu sahaja?

Adakah kebahagiaan yang mungkin bakal mereka kecapi tanpa mengorbankan perasaan orang lain? Tergamakkah Farhan meninggalkan Piah tatkala cinta mula menepuk jiwa?

 
Penerbit:
Rinsya Chasiani
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
384 Muka Surat