Penerbit: Karya Publika
Penulis: Pelbagai Penulis
Muka Surat: 361
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.355
Dimensi (cm): 20.4 x 12.7 x 1.7
SINOPSIS
SEKITAR awal tahun 1990'an, negeri Melaka dikejutkan dengan situasi kekeringan mendadak empangan tadahan air mereka-Empangan Durian Tunggal. Situasi yang dihadapi ini bukan berpunca dari musim kemarau mahupun kebocoran/keretakan empangan.
Situasi yang mereka hadapi ini menjadi satu fenomena aneh serta menjadi seribu satu persoalan di minda rakyat di negeri tersebut lantaran implikasinya membawa impak besar keselesaan rakyat kerana tiada bekalan air di seluruh negeri.
Lembaga Air Melaka (LAM) sebagai pihak yang berwajib ketika itu menjalankan siasatan terhadap empangan tersebut bagi mencari jawapan terhadap kegusaran dan kegelisahan rakyat.
Ketika menjalankan siasatan terhadap empangan tersebut. petugas LAM telah menemui senaskhah buku besar yang berusia ratusan tahun di celah lopak-lopak air yang masih berbaki di empangan tersebut.
Kandungan buku yang ditulis dalam bahasa Arab, dari kertas papyrus serta kulit unta yang ditulis oleh Sheikhul Kiyai pada tahun Masihi 1536 itu menerangkan sebab kemungkinan besar empangan tersebut kehilangan airnya.
Malangnya kandungan buku tersebut tidak boleh didedahkan kepada khalayak. Sehingga kini hasil siasatan terhadap punca kehilangan air di empangan tersebut menjadi misteri kenapa ia tidak boleh didedahkan.
Buku tersebut yang asalnya dalam format travelog kini dinovel dan dialih aksara dalam bahasa Melayu moden bagi memudahkan pembacaan generasi masa kini....