Peribahasa Melayu Pemeri Akal Budi (L53)

RM40.00
Price in points: 40 points
Weight: 0.56 kg
9789674614102
13 pieces
+
Add to wish list

Peribahasa ialah warisan pemikiran, renungan, nilai serta tindakan dalam kehidupan sesuatu bangsa. Peribahasa Melayu ialah balai besarepistemologi Melayu. Di sana, kita akan menemukan ilmu,pengalaman dan kebijaksanaannya menghadapi kehidupan dalamsuatu julat sejarah yang panjang.Membaca peribahasa adalah membaca kehidupan sesuatu bangsa dalam semua ruang lingkupnya. 

Himpunan peribahasa dalam buku Peribahasa Melayu: Pemeri Akal Budi ialah sebuah kumpulan yang unik, kerana untuk pertama kalinya terkumpul juga peribahasa dari daerah-daerah selain Semenanjung, iaitu termasuk Maluku, Kalimantan Selatan, Timur dan Barat, Sumatera Utara, Barat dan Timur dan lain-lain lagi di mana penduduk berbahasa Melayu menggunakannya.

Susunan khusus buku ini inginmemberi peluang semantik dan seni kepada pembaca.  Oleh sebab itulah, buku ini dibahagikan kepada berbagai-bagai tema, kategori dan bahagian – daripada alam, keluarga, kasih sayang,  ekonomi, agama, pendidikan, ilmu pengetahuan, undang-undang, kesihatan, kampung halaman, kerja dan pekerjaan, perasaan, budaya dan persoalan sejagat.

Penerbit:
Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
287 Muka Surat