Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu #(Q5)

RM150.00
Weight: 1.24 kg
9789674604158
Out-of-stock

Format: Hardcover
ISBN: 978-967-460-415-8
Pengarang: Zinitulniza Abdul Kadir
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 163

==========================

Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu memuatkan tentang kelangsungan hidup masyarakat Cina kampung dan proses asimilasi dua budaya di Kelantan sejak lebih 300 tahun dahulu. Identiti unik yang dibentuk oleh Peranakan Cina Kelantan ini membuktikan bahawa perpaduan serta kehidupan harmoni melalui asimilasi budaya boleh dicapai dengan sikap tolak ansur dan kepercayaan antara masyarakat. Antara lainnya, ia turut menumpukan kepada inisiatif memulihara seni bina kediaman tradisional berusia ratusan tahun yang kini terancam. Keunikan seni bina kediaman ini menggabungkan fasa binaan tradisional di China dengan elemen rumah Melayu Kelantan yang telah menghasilkan topografi seni bina baharu yang sangat eksklusif. 

Apa yang lebih penting, kupasan buku ini memperlihatkan bagaimana survival Peranakan Cina Kelantan untuk mengekalkan jati diri Cina, namun dalam masa sama mengorbankan beberapa perkara demi menjaga sensitiviti masyarakat Melayu yang lebih dominan di negeri Kelantan. Ia turut mencakupi sejarah awal kedatangan, asal usul Cina kampung atau peranakan Cina, bahasa, seni bina, makanan, pakaian, kesenian, aktiviti masa lapang sehinggalah cabaran dan masa hadapan mereka. Selain teks, buku ini turut memuatkan visual penting mengenai kaum Peranakan Cina Kelantan yang memberikan gambaran lebih jelas mengenai identiti budaya dan cara hidup kaum minoriti ini. 

Penerbitan buku ini secara keseluruhannya disasarkan untuk membuka ruang kepada pembaca untuk melihat bagaimana kaum Peranakan Cina Kelantan ini boleh dijadikan subjek yang membabitkan perpaduan nasional. Penerbitan ini juga secara tidak langsung membantu menarik perhatian khalayak tempatan dan antarabangsa untuk saling mencari solusi terbaik untuk mengelakkan kepupusan budaya Peranakan Cina Kelantan ini. Ini penting bagi membolehkan usaha susulan dibuat dengan memanjangkan kepada UNESCO untuk mempertimbangkan usaha perlindungan di bawah program khas United Nations World Monument Watch Programme yang memperuntukkan geran tahunan bagi kerja-kerja pemuliharaan.