Pengenalan Konsep Kitar Hayat (L129)

Pengenalan Konsep Kitar Hayat
RM18.00
Price in points: 18 points
Weight: 0.23 kg
9789834903848
Out-of-stock
Add to wish list

Buku Pengenalan Konsep Kitar Hayat ini hasil penulisan oleh sembilan orang penulis yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar sarjana yang berpengetahun luas dalam bidang kitar hayat. Buku ini diterbitkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum, pelajar serta pengamal kitar hayat tentang konsep kitar hayat serta alat pengurusan alam sekitar, Matlamat utama pengurusan alam sekitar adalah untuk menyeimbangkan elemen alam sekitar, ekonomi dan sosial tanpa mengabaikan keperluan generasi masa kini serta akan datang.

Pengenalan tentang amalan kitar hayat mampu memberi pendedahan tentang hubung kait antara komponen kitar hayat serta interaksi terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi. Kefahaman terhadap konsep asas bagi kitar hayat secara tidak langsung akan memberi gambaran tentang aplikasi konsep ini secara menyeluruh dengan penekanan terhadap elemen yang ingin dikaji. Oleh itu, pembaca dapat mengenal pasti elemen kitar hayat serta alat pengurusan alam sekitar yang bersesuian dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Selain itu, pembaca dapat mengaplikasikan elemen kitar hayat dalam proses membuat keputusan pengurusan alam sekitar.

Penerbit:
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
149 Muka Surat