Tajuk : Para Penyokong Muhammad: Generasi Penghulu Syurga
ISBN : 978-967-481-847-0
Penerbit : PTS Publishing House
Penulis : Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Mohd Noor
Muka Surat : 321
Tahun Terbit :2022
Halaman : Hitam Putih
Format : Softcover
Berat (Kg): 0.432kg
Dimensi (Cm) : 15cm x 23cm x 1.5cm
========================
SINOPSIS
SENTUHAN TARBIYAH NABI MEMBENTUK SAHABAT PENGHULU SYURGA
Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW.
Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Penghulu Syurga memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yang perlu kita contohi untuk membentuk generasi kini.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para sahabat bermula daripada susur galur keluarga, pengislaman, gaya hidup, sumbangan, dan kematian. Selain itu, ia merungkai tarbiyah yang Nabi gunakan terhadap para sahabat untuk dijadikan pedoman kini.
Antara sahabat yang dibincangkan dalam buku ini :
- Assabiqun Awwalun yang Dijanjikan Syurga.
- Saad Bin Abi Waqqas (Penakluk Parsi dan Duta Dakwah).
- Sa’id Bin Zaid (Pewaris Al-Hanif).
- Arqam Bin Abi Al-Arqam (Pemilik Rumah Gerakan Dakwah).
- Hamzah Bin Abdul Mutalib (Singa Allah).
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1
SAHABAT TERUTAMA DIJANJIKAN SYURGA
BAB 1 -Abu Bakar As-Siddiq (573 M–634 M), Pemegang Kepimpinan Pertama
BAB 2 -Umar Bin Al-Khattab (584 M–644 M), Al-Faruq, Sang Pemisah Kebenaran dan Kebatilan
BAB 3 -Uthman Bin Affan (574 M–656 M), Pengekod Al-Quran
BAB 4 -Ali Bin Abi Talib (599 M–661 M), Gerbang Ilmu Pengetahuan
BAB 5 -Talhah Bin Ubaidillah (594 M–656 M), Syahid Al-Hayyi
BAB 6 - Al-Zubair Bin Al-Awwam (594 M–656 M), Hawari (Penolong Nabi)
BAB 7 -Saad Bin Abi Waqqas (593 M–676 M), Menakluk Parsi dan Duta Dakwah
BAB 8 -Sa’id Bin Zaid (593 M–671 M), Pewaris Al-Hanif
BAB 9 -Abdul Rahman Bin Auf (580 M–654 M), Usahawan dan Dermawan
BAB 10 -Abu Ubaidah Amir Bin Abdillah Al-Jarrah (584 M–639 M), Amin Al-Ummah
BAHAGIAN 2
KELUARGA SETIA PENDAMPING NABI
BAB 11 -Khadijah Binti Khuwailid (555 M–620 M), Penerus Salasilah Keturunan Nabi
BAB 12 - Zaid Bin Harithah (580 M–629 M), Namanya Tercatat dalam al-Quran
BAB 13 - Arqam Bin Abi Al-Arqam (594 M–676 M), Pemilik Rumah Gerakan Dakwah
BAB 14 - Hamzah Bin Abdul Mutalib (568 M–625 M), Singa Allah