Cart is empty
Tajuk: Panduan Pengubatan Bekam Hijamah
ISBN: 9789672831686
Penerbit: UMP Press
Penulis: Asar Abdul Karim, Saifullah Yusoff, Farawahia Othman
Penerbit: UMP Press
Penulis: Asar Abdul Karim, Saifullah Yusoff, Farawahia Othman
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 117
Halaman: Hitam Putih dan Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.20 kg
Dimensi (cm): 15 cm x 22.5 cm x 0.5 cm
Muka Surat: 117
Halaman: Hitam Putih dan Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.20 kg
Dimensi (cm): 15 cm x 22.5 cm x 0.5 cm
SINOPSIS
Pengubatan hijamah atau bekam adalah salah satu perkara yang disarankan oleh Islam berdasarkan sunnah Nabi SAW. Bila mana seseoarang itu merasakan dia patut berbekam, sama ada kerana sakit yang dihadapinya, atau sebagai langkah pencegahan untuk penyakit yang mungkin timbul atau mungkin untuk mencergaskan kembali badannya, maka dia bolehlah berbekam tanpa terikat dengan masa yang tertentu. Hijamah adalah kaedah lama yang digunakan untuk mengubati kebanyakan penyakit kerana orang pada masa dahulu tidak mengetahui dengan jelas punca penyakit, manakala kaedah rawatan mereka sangat terhad. Pada era moden, minat terhadap kaedah rawatan atau pengubatan hijamah kian mendapat sambutan di seluruh dunia, terutama setelah mengetahui kesan sampingan berbahaya daripada ubat-ubatan kimia; bahkan ramai doktor moden yang sudah menceburi dalam bidang perubatan alternatif sebegini. Banyak hadith Nabi SAW sahih yang telah menjelaskan faedah berbekam, namun terdapat juga banyak hadith daif/lemah yang dikaitkan dengan bekam. Perkara ini telah dibincangkan dalam buku ini. Walaupun buku ini adalah ringkas, namun ia amat berguna kepada mereka yang ingin mendapat maklumat awal tentang pengubatan hijamah berdasarkan hadith Nabi SAW yang sahih.
Penerbit:
UMP Press
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat:
117 Muka Surat