Cart is empty
SINOPSIS/SARI RANSANG
Melaksanakan umrah merupakan impian setiap Muslimin dan Muslimat. Namun, persediaan untuk mengerjakannya perlu supaya semuanya berjalan dengan lancar, mudah dan tenang. Oleh itu, buku ini ditulis untuk memudahkan para tetamu Allah ketika melaksanakan ibadat umrah. Ia bukan semata-mata buku panduan mengerjakan umrah, tetapi juga menerangkan tentang tempat-tempat ziarah yang menarik dan sangat sesuai diziarahi semasa mengerjakannya. Di samping itu, disertakan juga beberapa soal jawab tentang kemusykilan berkenaan ibadat ini. Selain itu, buku ini juga memuatkan doa-doa ma’thur yang terpilih ketika tawaf dan sa’i serta ruang untuk ditulis doa-doa yang dicadangkan untuk dimohon ketika melakukan ibadat ini nanti.
KELEBIHAN
Kelebihan 1
Sesuai dibawa kemana-mana sebagai pocket book semasa melaksanakan ibadah umrah.
Kelebihan 2
Selain boleh dijadikan panduan ia juga menerangkan tempat-tempat ziarah yang menarik dan sangat sesuai diziarahi semasa mengerjakannya
Kelebihan 3
Disertakan juga beberapa soal jawab tentang kemusykilan berkenaan ibadat ini dan memuatkan doa-doa mathur yang terpilih ketika tawaf dan sa’i.
Penerbit:
Telaga Biru
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
216 Muka Surat