OP: Kelab Rahsia Hati (M13)

RM19.00
Price in points: 19 points
Weight: 0.29 kg
OP
Out-of-stock
Add to wish list

Format: Paperback
Saiz: 4.5'' x 7.25''
ISBN-13: 978-967-408-072-3
Tarikh Terbit: 3 Sep 2014
Jumlah Muka Surat : 352

Berat (KG):  0.29

===========================

Setiap insan yang dipertemukan di Kafe Nilam mempunyai rahsia. Masing-masing menyembunyikan rasa hati. Apabila mereka temui yang dicari, mereka bukan lagi insan-insan yang sama.

Arin: Dia tidak suka kepada mereka yang cantik. Orang yang cantik selalu mengada-ngada. Orang yang cantik akalnya cetek. Tetapi sebenarnya, dia juga mahu jadi cantik!

Hani: Pada mama dan papa, dia kata dia mahu jadi peguam berjaya! Sebenarnya, dia mengambil jurusan undang-undang hanya kerana dia jatuh cinta kepada peguam kacak dalam drama bersiri Legal Practice.

Hazrin: Dia mahu menjadi penyokong nombor satu Ayu, sahabat baik dan gadis manis pujaan hati. Masalahnya, Ayu mahu menjadi pelakon popular! Jika itu berlaku, Ayu akan turut menjadi pujaan orang lain!

Lelaki bermata coklat: Dia selalu makan di Kafe Nilam bukan kerana makanan di situ sedap, tetapi kerana kisah lamanya dengan gadis pramusaji berlesung pipit!