Novel Master Angelo - HYZWAYNE (FAJAR PAKEER) (Z9,BL117)

RM27.00
Price in points: 27 points
Weight: 0.43 kg
9789838222327
21 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Novel Master Angelo - HYZWAYNE (FAJAR PAKEER)
ISBN: 9789838222327
Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Hyzwayne
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 531
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.425kg
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 2.5cm
 
SINOPSIS
 

Meski digenggam kuat, disimpul rapi namun akan terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, dibuang jauh-jauh, andai sudah tertulis milik kita, tetap jua akan jadi milik kita.

 

“Aku bagi dua pilihan sama ada dengar cakap aku atau mati kena tembak.” -  Angelo Leonardo

 

Harta dan kuasa menjadikan Angelo seorang Master. Jangan cari pasal, kelak akan dicari sehingga ke lubang cacing, kerana bagi Angelo Leonardo.  Darah perlu dibayar dengan darah.

 

Pertemuan pertama membuka ruang pengenalan. Namun pertembungan yang berlaku secara tiba-tiba mencetuskan perang dunia ketiga! Bahkan percakaran itulah juga menjadi titik utama mereka saling mengenali yang akhirnya membongkar rahsia yang membelah badai.

 

“Awak ingat awak master saya takut ke? Memang taklah! Silap haribulan awak lebih takut dengan saya nanti.” - Mirza Alfee

 

Seberani mana pun Mirza Alfee, dia masih akan dianggap gadis nerd pada mata Angelo. Mirza Alfee bagai seekor arnab yang perlu dibelai. Comel, gebu dan manja. Tetapi andai tersalah pegang, pasti akan digigit! Gadis naif itu adalah sebenar-benar topeng. Menutup segala sesuatu daripada pengetahuan sesiapa yang belum mengenali dirinya. 

 

Segalanya berubah ketika mana satu per satu rahsia terbongkar. Daripada seekor arnab dia berubah menjadi seekor singa. Takkan hilang taring di jiwanya… hanya tunggu untuk mengaum.

 

Petunjuk telah membawa kebenaran, pada hakikatnya, Angelo sama sekali tidak mengenali siapa sebenarnya gadis itu. Sehinggalah….

 

“If you know who I am, will you hate me?” - Mirza Alfee

 

Queen of Assassin, di sebalik rahsia ada rahsia. Kejadian hitam itu telah membawa dia masuk ke dunia gelap dan mengheret Master Angelo untuk mengenali siapa dirinya.

 

“Let the games begin.” - DragonFox

 

Dengan terciptanya kisah bersimpang-siur, dapatkah Angelo menerima takdir yang bakal berlaku ke atas dirinya? Dapatkah kemaafan ditagih dan bencana dihindar sebelum musnah kehidupannya?

 

Black Eyes, Master Angelo, Red Blood, Queen of Assassin, rahsia apakah di sebaliknya?

 

Mencintai seseorang, namun hilang ditelan waktu. Kehilangan itu bagai racun yang tidak akan pernah sembuh… sehingga sedekat nadi pun, semesta sudah mengetahui rahsia sebuah takdir.

 

Never assume by the way someone looks. Even the most innocent face can hide the most unexpected side!

 
 
Penerbit:
Fajar Pakeer
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
531 Muka Surat