Novel Kerana Terluka # (L36,BL33)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.41 kg
9786297587080
7 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Novel Kerana Terluka #
ISBN: 9786297587080
Penerbit: Prolog Media
Penulis: D. Dahlia
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 481 m/s
Halaman: hitam putih
Format: paperback
Berat (kg): 0.410 kg
Dimensi (cm): 12cm x 3.5cm x 18.5cm
 
SINOPSIS
 

Fahri yang berkeyakinan tinggi. Hana yang insecure.

Apabila kedua-duanya bertemu, ada saja sesi tarik tali berlaku. Seorang suka mengusik, seorang lagi tidak biasa diusik.

“Nanti ayah dengan umi I pergi umrah, I nak suruh dia orang doakan kita supaya berjodoh.” - Fahri

“Apa masalah you ni sebenarnya? Kenapa nak kena doa benda macam tu pulak?” - Hana

“Tak ada masalah. Salah ke? I suruh ayah dengan umi doakan benda yang baik. Berdosa ke?” - Fahri

Hana terperangkap dalam belenggu ketidakpercayaan kepada lelaki dan cinta. Luka masa lalu merangkaikan benang-benang ketakutan yang menghalangi setiap langkahnya dalam mencari kebahagiaan. Namun, semuanya berubah selepas kehadiran Fahri. Ketenangan hidupnya terganggu, dinding-dinding dalam hati yang selama ini dibina sebagai pelindung mulai runtuh. Semakin Hana menolak, semakin dekat Fahri menghampiri.

Adakah Hana mampu melepaskan diri daripada belenggu masa silam lantas membuka hatinya untuk cinta? Atau akan terus tenggelam dalam lautan ketidakpastian lalu membawanya lebih jauh daripada jawapan yang dicari-cari?

Penerbit:
Prolog Media
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
481 Muka Surat