Nabi (SAW) Dah Ajar Kita Manasik Dalam Umrah (Q18)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.19 kg
9789671928226
Out-of-stock
Tajuk: Nabi (SAW) Dah Ajar Kita Manasik Dalam Umrah
ISBN: 9789671928226
Penerbit: Fahd Resources
Penulis: Shah Reza Kamarozaman
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 118m/s
Halaman: Berwarna
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.185kg
Dimensi (cm): 18cm x 13cm x 1cm
 
SINOPSIS
 
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.

Q.S al-Dzariyat 51:56

Berdasarkan ayat yang mulia in, setiap daripada kita tentu ingin berlumba selaju mungkin untuk melakukan ibadah kepadaNya.

Allah SWT mengatakan Dia mahu kita beribadah kepadaNya, maka sudah tentu cara ibadah juga Allah SWT mahukan seperti mana yang Dia arahkan. Bagaimana mungkin kita dapat melaksanakan suatu ibadah, jika kaedah pelaksanaannya tidak sepertimana yang Allah SWT kehendaki? Adakah ibadah itu akan diterima? Sudah tentu tidak! Lalu bagaimana kita ingin ketahui cara ibadah yang Allah SWT kehendaki?

Sesungguhnya Allah SWT telah melantik seorang manusia, yakni sebaik-baik manusia sebagai utusan untuk Dia memperlihatkan kepada ummah ini tatacara beribadah sesuai dengan kehendakNya. Manusia yang dilantik sebagai utusan itu adalah Muhammad bin Abdullah. Baginda adalah insan yang bertanggungjawab untuk mengajarkan segala tatacara ibadah termasuklah manasik umrah.

Maka dengan itu saya cuba himpunkan dalil-dalil dalam setiap gerakan manasik umrah dengan tulisan yang ringkas dan paparan grafik agar pembaca dapat memahaminya dengan mudah. Setiap perbuatan manasik itu adalah berdasarkan arahan, contoh dan perbuatan Baginda Nabi SAW

Saya berharap dengan kefahaman dalil-dalil yang dimuatkan di dalam buku in akan melahirkan perasaan seumpama emas tatkala kita melaksanakan ibadah umrah.
Penerbit:
Fahd Resources