Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuib Melawan Kapitalis, Dan Kisah-Kisah Lain (Z25)

Bundle: K35
RM18.00
Price in points: 18 points
Weight: 0.16 kg
9789672038429
Out-of-stock
Add to wish list
===========================
Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789672038429
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 152

Berat (Kg): 0.162
Penerbit : Must Read Sdn Bhd
===========================
 
Sinopsis

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

 
"...perjuangan para nabi penuh pahit getir dan suka duka. Mereka tidaklah berjalan di atas karpet merah ditabur bunga dipuji orang, melainkan berjuang mengorbankan tenaga, diancam nyawa, dan dibenci orang. Kisah para nabi sudah berlalu ribuan tahun. Namun adakah masih relevan pada zaman kini?"
 
- Apa kaitan kaum Nabi Nuh dengan berhala Kim-Il-Sung di Korea utara?
- Di manakan Atlantis kota Kaum 'Ad?
- Tinggalan kaum yang dilaknat Allah menjadi tapak warisan UNESCO?
- LGBT penyakit warisan kaum Nabi Lut?
- Sudah wujud golongan kapitalis ribuan tahun dahulu?
- Kisah orang kaya angkuh 3300 tahun silam?

Roda sejarah itu berputar. Apa yang berlaku pada zaman para Nabi dan Rasul, juga berlaku pada zaman kita. Masalah moral, masalah politik dan masalah akidah itu berulang-ulang setiap zaman. Para Nabi dan Rasul adalah hero di zaman silam yang cuba memperbaiki kaum mereka. Ada nabi yang berjaya, ada juga yang syahid. Semangat perjuangan para nabi, perlulah diteruskan kita. Patah tumbuh hilang berganti.
Bundle:
K35