MUHAMMAD: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal # (Z19,PY18)

RM76.00
Price in points: 76 points
Weight: 0.80 kg
9789671809143
Out-of-stock
Add to wish list
Tajuk: MUHAMMAD: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

ISBN: 9789671809143

Penerbit: IBDE Ilham

Muka Surat: 505

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2021

Pengarang: Martin Lings @ Syeikh Abu Bakar Sirajuddin

Penterjemah: Farhan Affandi dan Al-Mustaqeem M. Radhi

Format: Hardcover

Berat (kg): 0.80 kg

Dimensi (cm): 23.8 cm x 15.5 cm x 4.5 cm

 

Sinopsis

 

Biografi ini merupakan salah satu biografi Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah diterbitkan. Dengan gaya penulisan yang mudah difahami serta bahasa yang indah, Martin Lings menghadirkan kepada pembaca riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dengan terperinci.

Selain sisi peribadi baginda, biografi ini turut menyentuh aspek sosial, ekonomi dan politik pada zaman tersebut.

Ditulis mengunakan sumber-sumber yang sahih dan sudah meraih banyak anugerah di peringkat antarabangsa, biografi ini adalah sebuah buku yang wajib dimiliki setiap orang.

 

"Bertepatan 10 Tahun Kenabian, Rasulullah Telah Mengalami Tahun Dukacita."

 

"Pada tahun 619 masehi, Rasulullah saw mengalami kehilangan besar lantaran kewafatan isterinya, Saidatina Khadijah. Khadijah bukan cuma seorang isteri, beliau juga adalah sahabat karib baginda, penasihatnya yang bijaksana, dan ibu kepada seluruh isi rumah mereka."

Inilah sebahagian coretan daripada buku ini.

Ketahui lebih banyak kisah perjalanan terakhir Rasulullah saw yang menyayat hati, suka dan duka dalam perjalanan menyebarkan islam dalam buku "Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal".

Buku ini wajib dimiliki oleh setiap muslim yang cintakan Nabi Muhammad saw kerana:

1) Kitab sirah paling laris di peringkat global
2) Cetakan terjemahan IBDE melebihi 9,000 naskhah
3) Terjual lebih 200,000 naskhah seluruh dunia sejak diterbitkan



Buku Ini Diiktiraf Dunia

 

"Salah satu biografi terbaik dalam bahasa Inggeris. Susunan cerita menunjukkan bahawa pengarang merujuk fakta sejarah dari sumber asal dengan cermat dan tepat."


- Syeikh Hamza Yusuf



"Sebuah karangan seni sejati, memukau seperti novel terbaik, cuma yang berbeza ini bukan fiksyen tetapi fakta."


- The Islamic Quarterly



"Karya ini diakui secara meluas sebagai riwayat nabi (Muhammad saw) yang paling banyak dibaca sehingga kini."


- The Times, London

 

 

Biografi pengarang - Martin Lings

 

Martin Lings (Abu Bakr Sirajud-Din) lahir di Burnage, Lancashire, England, pada tahun 1909. Beliau menempuh pengajian peringkat ijazah di Clifton College, Bristol, England, dan seterusnya mendalami pengajian dalam bidang sastera Inggeris di Universiti Oxford Di Oxford, beliau menjadi murid dan seterusnya sahabat karib kepada pengarang dan sarjana terkenal C. S. Lewis

Pada tahun 1939, Martin Lings mengembara ke Mesir untuk mengunjungi seorang sahabatnya yang mengajar di Universiti Kaherah, selain untuk menjadi pembantu seorang ahli sufi berbangsa Perancis, René Guénon. Sewaktu kunjungan ini Martin Lings terpaksa mengambil alih kerusi yang diduduki oleh sahabatnya di Universiti Kaherah apabila sahabatnya itu meninggal dunia dalam suatu kemalangan sewaktu menunggang kuda. Beliau memeluk agama Islam selepas itu dan menjadi murid René Guénon.

Pengetahuan Martin Lings yang amat luas dan mendalam tentang Islam, malah juga pengamalannya yang teguh dan mengakar sebagai Muslim, dapat dilihat dengan nyata pada buku Muhammad His Life Based on the Earliest Sources yang diiktiral di seluruh dunia sejak kali pertama ia terbit, pada tahun 1983, dan telah memenangi beberapa anugerah, termasuk pengiktirafan sebagai buku sirah terbaik dalam bahasa Inggeris oleh National Seerat Conference di Islamabad. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam 12 bahasa dan buku yang berada di tangan pembaca kini adalah edisi bahasa Malaysia yang pertama.

Martin Lings telah menyampaikan banyak syarahan berkenaan. Nabi Muhammad SAW di seluruh dunia, termasuk sebuah syarahan yang disampaikannya di hadapan 3,000 pendengar di Britain sempena perayaan Maulid Nabi pada 12 Mei 2005, sepuluh hari sebelum beliau meninggal dunia.

 


Review pembaca

 

Memang patutlah buku sirah ini diterjemahkan (terjemahan asal Muhammad: His Life Based on The Earliest Sources) ke dalam pelbagai bahasa dan diiktiraf pula sebagai buku sirah terbaik dalam Bahasa Inggeris.

Penulis Martin Lings membawa pembaca seperti saya untuk tekun setekunnya dalam mendalami perjalanan hidup Baginda Nabi Muhammad saw yang saya kasihi, walaupun bukunya tebal seperti kamus dewan (kulit tebal pulak tu), namun tidak mematahkan semangat saya dalam menghabiskan pembacaan sirah ini.

Kelebihan buku ini bagi saya adalah cara penyampaiannya yang sangat hidup, disertai pula dengan pelbagai rujukan (nota kaki), salasilah marga (puak) yang sangat terperinci, dan ada fakta baru saya temukan (tidak ditemukan sebelum ini disebabkan pembacaan saya sendiri yang terhad).

Buku ini selayaknya berada di perpustakaan rumah masing-masing untuk dikenal dan secara rasminya masuk dalam senarai buku terbaik yang saya pernah baca.

Penerbit:
IBDE Ilham
Format:
Hardcover
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
505 Muka Surat