Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara. Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak. Kini beliau menetap di Taman Sekamat, 43000 Kajang, Selangor.
Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England (1963). Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura (1970) dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D (1977).
Beliau mengenali Usman Awang sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan buku Biografi Usman Awang, Prof. Muhammad Haji Salleh telah mewawancara usman - tidak kurang daripada 20 kali. Untuk mengutip buah ingatannya. Beliau juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, Ibu saudaranya, teman-temannya, pustakawan dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga ratusan foto lama, yang turut menjadi sumber primer beliau dalam menghasilkan biografi yang cukup bermakna ini.
There are no products under this category