(OS) MOMEN2 MATLUTHFI (Q15)

Bundle: K79
"Jack of all trades, master of none."
RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.23 kg
978-967-369-309-2
Out-of-stock

SINOPSIS

Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.

Kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok. Aku sediakan footnote untuk orang-orang yang terok macam hang, sebab kalau aku tulih sorang-sorang tanpa ada pembaca, baik aku cakap dengan dinding - dan itu lebih terok.

Aku rasa Matluthfi belasan tahun pun tidak akan faham apa yang Matluthfi 24 tahun ni tulis. Sebenarnya aku malu dengan Matluthfi 5 tahun dulu sebab dia duk tulih benda-benda bodo. Sekarang ni aku tengah tumbok diri sendiri seminggu sekali untuk puaskan hati Matluthfi 5 tahun akan datang.

Tapi Alhamdulillah, ketidakpuasan hati ini satu petanda bahawa aku telah belajaq banyak benda baru, menginjak pemikiran ini ke tahap yang lebih dekat dengan generasi pembaca yang lebih berumur seperti mak hang.

Yaa mak hang juga akan membaca buku ini. Dia akan mempengaruhi ayah hang supaya turut meminati aku sehingga ayah hang sanggup bawak balik buku ni pi beraya di kampong, hanya untuk terkejut apabila disambut nenek hang.

“Eh, mak pun ade yang ni!”

Tanjat ayah hang bukan sahaja kerana mak dia layan Matluthfi, tetapi jugak kerana nenek hang itu sebenarnya sudah lama pergi...

 

================================================================

ISI KANDUNGAN

Cik Kam

Negara Paling Sekular

Kasyaf Pak Cik Jashemi

Eh Tak Pa La

Kehidupan Banal

Verily Cool Women are for Cool Man

House and Home

Proactive Ninja

Kejelasan Fikrah

Mesra, Cepat, dan Betul

Hati-Hati

Drink and Order

Cool Pilot

Food for Homeless

Like a Champ

Sehelai Kain

Aku Tough

Berdakwah

Zamanfi

The Other

Priceless

Raudhatus Sakinah

Haters

Beautiful

Candula Mana Tidak Berkias

KAFA

Sustainability

Anep dan ADHD

Buku Jalanan 47

Jo

Southern Gathering 2014

Hihi Excited

Pancing Partriark 

Sehari Sebelum Submission

Aisha

Inai Memet

DAP

Nuntut Ilmu

Anep dan Ayam

Ironi Slogan

Abang Long Karpet

Sipulan

Ali

Orang Bahari

Nipponing 

Rant on Popularity

Kena Tibai

Kunci

Bajet Abbot

Maik Rikadson

Aned Kondelo

Saily An Wert

Kajang Move

Confessions

Jesus Christ

Macamana Orang Australia Berhujah

TFTN 

Muazzin Ulong

Manusia Merdeka

Kuajaq

The Difference Between A Clown and A Comedian

Taraa

Amin Jarang Buat Lawak

Psss

Holy Water

Cubaan-Cubaan Mengislamkan Mat Luthfi

Cerita Dari Kubo

==============================

ULASAN

berbanding buku satu, buku dua lebih beri aku sesuatu. mat yang aku suka tentang dia adalah dia menggunakan apa yang dia ada (yakni dalam konteks ini, peluang belajar luar negara, peluang dekat dengan masyarakat) untuk dia berfikir dan cari sebanyak mungkin pengalaman di negara orang sama ada yang berbentuk politik, kemasyarakatan, kekeluargaan, pemikiran, akademik (arkitekture), agama atau apa apa sahaja untuk dia kaitkan dan masukkan dalam hidup dia. ya dalam hidup dia.

dan dengan bakat yang dia ada (iaitu menulis dengan baik, ringkas dan menarik) dia berjaya berkongsi sama pendapat dan pemikiran dia dengan orang lain yang mungkin tak dapat nak rasa pengalaman hidup di tempat orang. (yang berbeza culture, cara berfikir, cara bertindak) iaitu pengalaman berdemonstrasi, bergaul dengan masyarakat dan bertukar pendapat dengan orang luar. mungkin benar kata einstein tentang relatif waktu, dimana ramai manusia boleh melalui situasi yang sama; berada di tempat yang sama pada waktu yang sama, namun pengalaman yang mereka akan dapat mungkin berbeza bagi setiap orang. dan mat merakam pengalaman dan penilaian dia terhadap pengalaman itu dengan baik.

cuma ada sesebahagian tulisan yang aku rasa masih seperti buku pertama, agaknya sebagai gula-gula, pemanis bacaan. mungkin mat pun tak kisah kalau ada orang nak jadi haters dia ke fans ke dia apatah lagi nak baca komen orang tentang buku ini, sebab dia tulis pun dia tak pernah nak pikir panjang-panjang nak tulis deep ke berat ke humour ke ok la selamat pengantin baru. bai!

-sumber: nazhsahaja, https://bit.ly/2L5M3NW

Penerbit:
Puteh Press
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
202 Muka Surat
Bundle:
K79