MISTERI SUMPAHAN MAHSURI BERDARAH PUTIH #(Q4)

RM29.90
Price in points: 30 points
Weight: 0.37 kg
9789672394198
2 pieces
+
Add to wish list

Tajuk:MISTERI SUMPAHAN MAHSURI BERDARAH PUTIH

ISBN: 9789672394198
Penerbit: Karya Publika
Penulis: Ibnu, Ibrahim, At-Tawari
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama Mei 2021
Muka Surat: 372
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.372
Dimensi (cm): 20.2 x 12.7x 1.7

 

SINOPSIS

Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tatasusila oleh kedua orang tuanya, Sejak zaman kanak-kanak lagi, Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa di mana dia tidak seperti kanak-kanak lain. Sehingga meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan, serta hati budi yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut penduduk LAngkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Datuk Pekerma Jaya. Dia adalah wakil sultan, memerintah Langkawi pada masa tersebut. Mahsuri dikahwinkan dengan Wan Derus, iaitu adik kepada Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi kerna pergi berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah. sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ihsan ibu bapa Mahsuri, Deramanag tinggal di rumahnya untuk mengajar syair. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah dengan Deramang. Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan Wan Mahora. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah bewarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak membela diri. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal dunia pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah. Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia berasa amat kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Langkawi. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus. Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama orang kuatnya Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahora yang dirogol dan diseksa tentera Siam.

Penerbit:
Karya Publika
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
371 Muka Surat