Misteri Perkhemahan - Mencari Keberanian Tidur Di Hutan! # (L4)

RM12.00
Price in points: 12 points
Weight: 0.13 kg
9789672865391
25 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Misteri Perkhemahan - Mencari Keberanian Tidur Di Hutan! #
ISBN: 9789672865391
Penerbit: Blink Book, Blink Trading
Penulis:  NAJIB ALIAS & BLINKSTAR WRITERS
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 120
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.125kg
Dimensi (cm): 19cm x 12.5cm x 0.5cm
 
SINOPSIS
 
Inilah himpunan kisah antalogi cerita-cerita berkaitan perkhemahan yang disatukan dalam satu nashkah. Perkhemahan, merujuk kepada aktiviti mendirikan tempat perlindungan sementara yang boleh bermalam. Ia juga kebiasaan diperbuat dari kanvas bersama tiang besi… mampu didirikan agar menjadi tempat tidur juga berteduh yang selesa. Khemah yang dibina haruslah kuat apabila dipukul angin ribut dan jika terkena hujan lebat. Lazimnya juga… perkhemahan dibuat di dalam hutan, tepi sungai, tepi laut, dan lokasi-lokasi terpencil. Perkhemahan pada asasnya ditekuni oleh individu-individu yang sukakan aktiviti lasak dan gemarkan cabaran. Setiap kisah-kisah di dalam buku ini juga diakhiri dengan cara yang paling tidak disangka… buatkan pembaca terasa seperti naik roller coaster. Sememangnya mendebarkan tetapi banyak pengajaran!
 
Turut diselitkan; petua perkhemahan yang disampaikan sendiri oleh jurulatih bertaraf pakar. Maka tidaklah buku ini hanya hiburan semata-mata.
 
Jika baca di sekolah pun mesti cikgu tidak akan rampas. Tetapi jika dibaca semasa guru sedang mengajar, itu namanya membaca atas risiko sendiri. Paling utama, ia memberi perspektif berbeza kepada remaja apabila disebut tentang aktiviti PERKHEMAHAN, yang pasti mengundang misteri dan buatkan ramai ingin tahu rasa debarannya.
 
Penerbit:
Blink Book, Blink Trading
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
120 Muka Surat