Membongkar Kes-Kes Jenayah: Berprofil Tinggi Di Malaysia # (L16)

RM38.90
Price in points: 39 points
Weight: 0.45 kg
9789672278535
15 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Membongkar Kes-Kes Jenayah: Berprofil Tinggi Di Malaysia
ISBN: 9789672278535
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM 
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 251
Halaman: Berwarna
Berat (kg): 0.445 kg
Dimensi: 21.2 cm x 14.7 cm x 1.4 cm

 

SINOPSIS 

DI MALAYSIA, banyak kes jenayah berprofil tinggi, melibatkan tokoh-tokoh tertentu dan juga kedaulatan negara. Kes-kes seperti pembunuhan tokoh kewangan dan rakyat negara luar, merupakan antara kes yang memberi persepal yang buruk kepada negara. Namun begitu, kecekapan pihak polis Malaysia yang berjaya menyelesaikan kes-kes ini tanpa sebarang campur tangan pihak berkuasa luar negara telah membuatkan imej negara di mata dunia begitu dikagumi dan dihormati. Walau bagaimanapun, terdapat juga jenayah kejam seperti pembunuhan Murin Jaslin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana suspek utamanya masih belum dapat ditangkap. Pembunuh yang digelar lelaki kucing itu masih lagi berkeliaran dan hanya menunggu masa dan ketika untuk 'meragut' nyawa baru. Namun, ini tidak bermakna pihak berkuasa di Malaysia tidak cekap. Pihak berkuasa sehebat Scotland Yard dan NYPD sekalipun, terdapat beberapa kes tidak mampu diselesaikan dek kerana kekurangan bukti dan maklumat penjenayah.

Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati untuk jenayah pembunuhan adalah hukum gantung yang dilakukan menerusi teknik gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan akan dilakukan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang di-Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Purata seseorang itu menjalani hukuman mati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan. Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung.

Penerbit:
Hijjaz Records Publishing
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
251 Muka Surat