MAHAKARYA - DIRGAHAYU (L93)

RM33.00
Price in points: 33 points
Weight: 0.31 kg
9789672437055
Out-of-stock

Penulis : Helmi Effendy

ISBN : 9789672437055

Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai. Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya. Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.

Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!

Penerbit:
Patriots Publishing Sdn. Bhd
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
362 Muka Surat