SINOPSIS / SARI RANSANG
Komik Dokumentari Tun Dr. Mahathir (dengan tajuk kecil: Melayu, Jangan lupa) memaparkan secara santai, adakalanya lucu kisah hidup Tun dari kecil dan sehinggalah beliau dapat kembali semula menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.
Liku-liku serta sejarah kehidupan Tun Dr Mahathir dilukis begitu menarik diiringi dengan dialog dan teks yang ringkas dan sesuai bagi semua peringkat pembaca, dari dewasa sehingga kanak-kanak. Kartunis Athool berjaya mewarnai komik ini dengan pengkisahan yang jelas dan seronok dibaca.
Menghayati komik ini, pembaca bukan sahaja mendapatkan pedoman berguna malah akan menghayati perjuangan serta sumbangannya kepada negara tercinta Malaysia dengan lebih dekat.
==========================================================================
ISI KANDUNGAN
ASAL-USUL BANGSA MELAYU
DIJAJAH OLEH BANGSA-BANGSA EROPAH
MANUSIA BERASAL DARI NABI ADAM A.S
MELAYU DI NEGARA MALAYSIA MEMILIKI DARAH CAMPURAN
TINGGAL DIANGGAP SEPERTI KAWASAN SETINGGAN
BERSEKOLAH DI SEKOLAH MELAYU SEBERANG PERAK, ALOR SETAR
DAPAT BELAJAR DI GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL, ALOR SETAR
BERNIAGA SECARA KECIL-KECILAN
MENUNTUT DI KOLEJ PERUBATAN KING EDWARD VII DI SINGAPURA
MENULIS UNTUK AKHBAR STRAIT TIMES DAN SUNDAY TIMES
BUAH HATI BERASAL DARI KUALA LUMPUR
SEBAGAI DOKTOR PELATIH DI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG
DIIJABKABULKAN PADA TAHUN 1956
NAMA KLINIKNYA ADALAH MAHA KLINIK
BERTANDING KERUSI PARLIMEN DI KOTA SETAR SELATAN
MENGARANG SEBUAH BUKU BERTAJUK, THE MALAY DILEMMA
DILANTIK SEBAGAI SENATOR
BERTANDING DI PERLIMEN KUBANG PASU
DIUMUMKAN OLEH PM TUN HUSSEIN ONN SEBAGAI TIMBALANNYA
MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KEEMPAT
MENAIKKAN NAMA NEGARA DI MATA DUNIA
DASAR PANDANG KE TIMUR
PROTON SAGA DILANCARKAN
DIKEJARKAN KE HOSPITAL BESAR, KUALA LUMPUR
INSPIRASI MEMBINA KLCC
MALAYSIA ITU ADA APA DI SANA
SEBAGAI PRESIDEN YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA
MATLAMAT KONSEP 1 MALAYSIA
TUBUHKAN PARTI BARU
TUN DR. MAHATHIR MENANG DI LANGKAWI, PRU14