Khabar Gembira Dari Tuhan # (L51,Y36)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.28 kg
9789672118510
10 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Khabar Gembira Dari Tuhan #
ISBN: 9789672118510
Penerbit: Sentap Press
Penulis: Syed Salahuddin
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 202
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.275kg
Dimensi (cm): 22.5cm x 15cm x 2cm
 
SINOPSIS

Al-Quran sering kali menggunakan kalimah BASYIRA بشيرا (khabar gembira) untuk orang beriman. Kalimah ini juga diulang di dalam Al-Quran dalam pelbagai maksud sebanyak 123 kali.

Antara tujuannya adalah memberikan ketenangan kepada orang beriman untuk sentiasa kekal berada di atas jalan yang benar. Maka di dalam buku ini, penulis mengumpulkan 20 khabar gembira dari Allah Taala melalui ayat-ayat-Nya bagi merawat kedukaan pembaca atau memberikan ketenangan dalam mengharungi pelbagai mehnah dan ujian di dalam hidup ini.

Menariknya, daripada 20 khabar gembira tersebut, dipecahkan pula kepada dua bahagian iaitu

· Bahagian pertama – 17 khabar gembira dari Allah kepada mereka yang beriman

· Bahagian kedua – 3 khabar gembira ‘sinis’ daripada Allah kepada yang tidak beriman.

Bahagian pertama merupakan khabar gembira yang sebenar-benarnya daripada Allah Taala manakala bahagian kedua pula adalah khabar gembira yang hakikatnya merupakan ancaman Allah Taala kepada yang tidak beriman.

Setiap khabar gembira di dalam buku ini diberikan potongan ayatnya beserta terjemahan, kemudian diberikan sedikit penerangan ringkas dan lebih menarik, setiap khabar gembira itu, penulis hadiahkan ‘Quote Khabar Gembira’ untuk dihayati dan jentikan hati kepada para pembaca.

Moga buku ini menggembirakan dan menenangkan kehidupan kita kembali,
Insya-Allah.

 
Penerbit:
Sentap Press
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
202 Muka Surat