===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8”
ISBN-13: 9789834905507
Jumlah Muka Surat: 1876
Berat (Kg): 1.46
===========================
Sinopsis
Edisi terkini Kamus Dewan memaparkan:
-
Sekitar 82 900 kata masukan (34 578 entri, 24 180 subentri dan 24 142 frasa entri).
-
5843 kata masukan baru yang berupa:
-
Kata umum
-
Istilah umum pelbagai bidang ilmu
-
Kata serapan Arab
-
Kata slanga
-
Dan 375 kata yang mengalami peluasan makna
-
-
Pengemaskinian ejaan.
-
Pembaikan takrif, bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu.
Kamus Dewan disusun atas kesedaran bahawa:
"...memandang kepada perlunya sebuah kamus yang dapat memenuhi kehendak masyarakat masa ini, manakala Bahasa Kebangsaan kita telah meningkat ke peringkat kemajuan amat pesat...."
Tun Syed Nasir Ismail (1968)
"..betapa perlunya bahasa Melayu mempunyai sebuah kamus moden, lengkap dan yang dapat dipertanggungjawabkan dari segi ilmiah, untuk menampung keperluan-keperluan yang lahir dari proses pemodenan Melayu itu."
Datuk Haji Hassan Ahmad (1970)
"...usaha pembinaan bahasa umumnya dan penyusunan kamus khususnya harus terus-menerus berlangsung agar kata dan istilah baru, konsep dan idea mutakhir terakam untuk tatapan khalayak yang kian prihatin terhadap bahasa dan kebangsaan."
Dato' Haji A. Aziz Deraman (1994)