Kamus Dewan Edisi Keempat (Hard Cover) (Z18, L122)

RM60.00
Price in points: 60 points
Weight: 1.62 kg
9789836283399
Out-of-stock
Add to wish list
Edisi terkini Kamus Dewan memaparkan:
– sekitar 82,900 kata masukan (34,578 entri, 24,180 subentri, dan 24,142 frasa entri)
– 5,843 kata masukan baru yang berupa: kata umum, istilah umum pelbagai bidang dan ilmu, kata serapan Arab, kata slanga, dan 375 kata yang mengalami peluasan makna
– Pengemaskinian ejaan
– Pembaikan takrif, bersesuai dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu. 

Kamus Dewan disusun atas kesedaran bahawa:
“... memandang kepada perlunya sebuah kamus yang dapat memenuhi kehendak masyarakat masa ini, manakala Bahasa Kebangsaan kita telah meningkat ke peringkat kemajuan amat pesat...”
—Tun Syed Nasir Ismail (1968)

“... betapa perlunya bahasa Melayu mempunyai sebuah kamus moden, lengkap dan yang dapat dipertanggungjawabkan dari segi ilmuah, untuk menampung keperluan-keperluan yang lahir dari proses pemodenan bahasa Melayu itu.”
—Datuk Haji Hassan Ahmad (1970)

“... usaha pembinaan bahasa umumnya dan penyusunan kamus khususnya harus terus-menerus berlangsung agar kata dan istilah baru, konsep dan idea mutakhir terakam untuk tatapan khalayak yang kian prihatin terhadap bahasa dan kebahasaan.” 
—Dato' Haji A. Aziz Deraman (1994)
Penerbit:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
1817 Muka Surat