Penerbit: IBDE Ilham
Penulis: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Muka Surat: 147
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardback
Berat (kg): 0.415kg
Dimensi (cm): 23.5cm x 15cm x 2cm
JILID 2: KITAB ASAS AKIDAH
Kitab Asas Akidah daripada Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn ini merupakan karya yang ringkas dan padat dalam menerangkan iktikad penting yang wajib diyakini umat Islam. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazālī turut menjelaskan beberapa tingkatan akidah berdasarkan tahap pemahaman umat dan kaedah pengajarannya agar dapat dicerap dan terpasak kukuh di dada setiap Muslim.
TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
TENTANG PENGARANG
Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.