Penerbit: Alaf 21
Penulis: Liyana Marzuki
Muka Surat: 319
Halaman: Hitam dan Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.41 Kg
Dimensi (cm): 14 cm x 21.5 cm x 1.5 cm
Jangan Pajak Otak adalah hasil penulisan Liyana Marzuki sebagai seorang penganalisis politik di media sosial selama lebih enam tahun.
Buku ini cuba mewujudkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat Malaysia, menyebarkan idea yang menggalakkan daya fikir kritikal dan kajian yang teliti untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Dalam kemelut politik yang sentiasa berbolak-balik, Jangan Pajak Otak menjadi rujukan masyarakat Malaysia dalam memahami permainan dan tipu helah pemimpin yang tamakkan kuasa.
Buku ini turut menawarkan pandangan yang adil dalam isu politik. Penulis mengamalkan pendirian sebagai seorang "centrist" di samping menggalakkan pembaca berfikiran kritis dan tidak termakan dengan agenda-agenda propagandis. Masyarakat seharusnya menolak ekstremisme, "fanatisme" dan fasisme dalam berpolitik, sebaliknya menjadi warga yang cintakan Malaysia.
Sesungguhnya, rakyat dahagakan karya "bedah siasat" politik yang lebih mendalam tanpa unsur berat sebelah dan taasub.