Sinopsis:
"Dalam puisi, Jali boleh jadi macam-macam; skema, liar, kurang ajar, berbudi, sopan, jengkel, cintan karat dan menghargai sekitarnya - dia tidak lupa menulis dan mengangkat peersnya dalam circle Rabak dan orang-orang lain yang dia admire. Tiada ego hanya pure puisi."
Review:
“Jack Malik adalah anak graduasi Universiti Rabak yang berpusat di Ipoh. Kata-katanya tajam di atas pentas, kini penulisannya yang puitis bercampur radikal pasti membuatkan pembaca terkesan. Wannabe Sasau adalah buku yang bermain dengan kata-kata bebas, bebas melepaskan segala apa yang ingin dilepaskan, tidak mahu terbeban simpan dirak hati yang paling atas.” - Izzat Amir, penerbit.
“Secara peribadi, saya melihat Jack sebagai seorang penyajak yang sangat rajin. Sentiasa berusaha untuk develop dan membawa dirinya ke berlainan tahap. Keyakinan itu, sifat melanggar itulah yang diraikan dalam Rabak.” - Mohd Jayzuan