Insyirah - Kelapangan Hati Dan Minda #(L5)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.19 kg
9789672302254
2 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Insyirah - Kelapangan Hati Dan Minda
ISBN: 9789672302254
Penerbit: Amanie Media
Penulis: Mohd Daud Bakar
Tahun Terbit: 2021
Muka Surat: 145
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat: 0.19 kg
Dimensi(cm): 20.8 x 14.3 x 1.2

Kesusahan dan kesulitan adalah saudara kembar kepada kehidupan. Kesulitan emosi, minda, kewangan, sosial,maruah,jati diri, kebebasan dan ancaman nyawa menjadi warna-warni kehidupan sepanjang zaman.

Nabi Muhammad SAW yang digelar pesuruh Allah SWT, juga menghadapi tekanan yang sama. Namun, Baginda SAW dianugerahkan kelapangan hati dan jiwa bagi menghadapi segala cabaran mendatang. Baginda SAW juga dikurniakan ketinggian nama Baginda SAW sepanjang zaman. Sebutan nama yang diulang-ulang dan reputasi yang hebat adalah minyak pembakar obor kejayaan.

Ikuti bagaimana Zahid dan isterinya, Suraya bertarung setiap masa dan detik bagi menjemput kemudahan bertandang dalam kehidupan mereka sesudah mereka ditimpa pelbagai kesusahan dan kesulitan.

Kecekalan minda dan jiwa serta kesucian perwatakan diri adalah dua sayap bagi terbang tinggi demi berhadapan apa sahaja cabaran kehidupan. Jangan salahkan kesulitan. Salahkan sayap yang tidak dapat ataupun enggan mengepak kuat.