Cart is empty
Tajuk: Hidup Bernaungkan Iman #
ISBN: 9789674380755
Penerbit: Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd
Penulis:Rizal Azman
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 134
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.165
Dimensi (cm): 21.6cm x 14cm x0.6cm
SINOPSIS
HIDUP Bernaungkan IMAN
KEHIDUPAN YANG BERNAUNGKAN IMAN adalah kehidupan yang mencontohi gaya hidup Nabi Muhammad SAW. Tanpa kekukuhan dan keutuhan iman, maka terjadilah pelbagai kecelaruan hala tuju dalam hidup sehingga mampu merobek kesejahteraan hidup tersebut.
KEKUATAN DAN KEJAYAAN UMAT ISLAM semenjak era Rasulullah SAW sehinggalah kurun pertengahan tidak terjadi sendiri tanpa sebab. Sejarah telah membuktikan bahawa disebabkan mereka hidup bernaungkan iman yang jitulah mereka mampu maju dalam pelbagai bidang dan lapangan kehidupan. Dengan kata lain, dengan menjalani kehidupan yang bernaungkan iman, kita sebenarnya berusaha menjauhkan musuh Allah daripada "menjahiliahkan" peribadi kita.
MARILAH KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP "syurga Allah itu mahal tetapi orang yang miskin tetap mampu membelinya" kerana harga syurga itu bukanlah pada harta benda sebaliknya IMAN dan TAKWA. Sesungguhnya, melayari kehidupan di dunia ini adalah ibarat melayari sebuah bahtera yang menempuhi alunan ombak dan badai. Terpulang kepada kebijakan nakhoda dan para kelasinya untuk memastikan supaya bahtera yang dilayari tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera.
DALAM BUKU INI, penulis menggarapkan 29 bab dalam ukiran perbincangan ringkas mengenai rencah dan babak kehidupan duniawi yang pelbagai, dengan niat dan harapan agar dapat menunjukkan betapa kita sebagai insan biasa tidak terlepas daripada ujian-ujian yang berupaya melunturkan kekebalan iman selain diharapkan semoga kita sebagai umat terbaik yang diiktiraf oleh Allah SWT kembali menghayati sirah Rasulullah SAW dan para sahabatnya demi menaikkan kembali maruah umat.
Penerbit:
Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
134 Muka Surat