Cart is empty
Nak anak cemerlang dalam pelajaran? Selain ilmu didikan yang kita perolehi di zaman moden ini, kaedah tertentu yang diajar Rasulullah SAW juga sangat praktikal, berkesan dan mudah untuk diamalkan dalam kita membentuk anak menjadi insan terpelajar. Dari Timur hingga ke Barat, segala falsafah dan teori diterapkan dalam proses mendidik para pelajar. Namun begitu, kadangkala para guru terlepas pandang cara mengajar dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru terulung kita, Nabi Muhammad SAW yang sudah terbukti keberkesanannya. Naskhah ini mengupas peranan guru dalam mendidik anak bangsa yang sebenarnya bukan hanya sekadar mengaja, bahkan menjadi contoh tauladan kepada mereka dari segi akhlak dan rohani. Buku ini memberikan pencerahan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Diselitkan juga cara Baginda bersoal jawab, bergurau senda dan meraikan para pelajar Baginda. Kerana kaedah yang berkesan ini menjadikan buku ini sangat laris dikalangan guru terutamanya. Walaubagaimanapun, kaedah-kaedah yang diketengahkan dalam buku ini bukan sahaja khusus buat para guru. Namun ia juga boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah.
Penerbit:
Must Read
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
245 Muka Surat