Hati Terikat Takdir (L42,BL42)

RM28.90
Price in points: 29 points
Weight: 0.39 kg
9789672394020
33 pieces
+
Add to wish list

“Ini soal hidup Fahad. Fahad tak suka sesiapa masuk campur dalam hidup Fahad walaupun orang itu keluarga Fahad sendiri. Hidup Fahad biar Fahad sendiri yang uruskan,”- Putera Fahad

Putera Fahad nekad untuk tidak mahu menikahi gadis pilihan ayahandanya sehingga membuatkan lelaki itu mengambil keputusan untuk meninggalkan segala kemewahan yang dimilikinya.

“Maaf, cik. Saya datang ni bukan nak mengemis. Saya datang ni nak minta kerja.”- Ipin Ipin, seorang gelandangan telah bertemu dengan Azzalea dan diberikan pekerjaan di Teratak Azalea untuk meneruskan hidupnya. Namun, kehadirannya di situ tidak diterima dan disenangi oleh beberapa pekerja di situ. Ipin dicemuh dan dimaki kerana rupanya yang hodoh dan berparut.

“Julia, Suhana, awak berdua dibuang kerja sebab tidak menghormati orang lain dan juga menghina orang yang kurang berupaya.”- Azzalea Azzalea, seorang gadis yang cantik tetapi tegas. Keperibadian Azzalea yang indah itu telah membuatkan Ipin menyimpan perasaan dalam diam. Namun, kehadiran Ipin di teratak itu tidak lama. Dia mengambil keputusan untuk kembali semula ke kampung halamannya di Sabah. Encik Danial, kehadiran Encik Danial sebagai Pengurus Projek di syarikat milik Raja Fakhruddin Shah telah membuatkan hidup Azzalea tunggang terbalik.

“Syukur kepada Allah sebab Encik Danial dan nak beredar dari teratak ni. Kehadiran Encik Danial ke teratak ni cukup merimaskan saya,”- Azzalea

“Saya hanya akan beredar dari teratak ni aje bukannya beredar dari hati Cik Lea,”-Encik Danial

Berjayakah Encik Danial memiliki hati keras Azzalea? Apakah hubungan Ipin dengan Putera Fahad? Siapakah Encik Danial dalam hidup Putera Fahad? Siapakah di antara mereka bertiga ditakdirkan untuk Azzalea?

Penerbit:
Karya Publika Sdn Bhd
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih