Halal dan Haram dalam Islam (L130)

Rak: L19, Bundle: K81
RM100.00
Price in points: 100 points
Weight: 1.57 kg
978-967-411-644-6
Out-of-stock
Add to wish list

===========================

Format: Paperback
Saiz: 7" x 10”
ISBN-13: 978-967-411-644-6
Tarikh Terbit: 15 Mac 2016
Jumlah Muka Surat: 896
Berat (Kg): 1.57
===========================

Sinopsis

Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.

Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini:

  • Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu.
  • Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas.
  • Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini.

Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah:

  • Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin.
  • Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak.
  • Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.
  • Hukum harus isteri melayan tetamu suami.
  • Hukum mengharuskan onani bagi mereka yang mempunyai kehendak naluri seks yang kuat.
  • Isu pengharaman kahwin mut'ah.
  • Hukum perancangan keluarga dan faktor-faktor yang mengharuskannya.
  • Isu talak ke atas isteri yang sedang haid.
  • Isu pengharaman dadu dan pendapat yang memberi keringanan bermain dadu sekiranya tiada unsur taruhan.

 

Kandungan

Bahagian 1: Prinsip-Prinsip dalam Hal Halal dan Haram dalam Islam

Bahagian 2: Halal dan Haram dalam Kehidupan Islam

  • Makanan dan minuman
  • Pakaian dan perhiasan
  • Di dalam rumah
  • Pendapatan dan kerjaya

Bahagian 3: Halal dan Haram dalam Ikatan Perkahwinan dan Kehidupan Berkeluarga

  • Aspek naluri
  • Ikatan perkahwinan
  • Hubungan suami isteri
  • Perancangan keluarga
  • Hak-hak pergaulan suami isteri
  • Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak

Bahagian 4: Halal dan Haram dalam Kehidupan Muslim

  • Kepercayaan dan tradisi
  • Muamalat
  • Hiburan dan rekreasi
  • Hubungan soaial
  • Hubungan pemerintah dan rakyat
Bahagian 5: Halal dan Haram yang Berkaitan dengan Amalan Hati

Bahagian 6: Lampiran

  • Pendahuluan
  • Surat Al-Allamah Syeikh Ibnu Baz terhadap isu yang berputar di sekitar buku saya, Halal dan Haram
  • Surat jawapan ringkas kepada Al-Allamah Ibnu Baz
  • Respons terhadap kritikan Syeikh Al-Albani dalam buku beliau, Ghayatul Maram fi Takhrij Ahadith Al-Halal wa Al-Haram
  • Jawapan balas terhadap tulisan Syeikh Al-Fauzan
  • Jawapan terhadap pengulas buku Halal dan Haram, cetakan Darul I'tisom
  • Bantahan terhadap komentar Syeikh Abdul Hamid Tohmaz
  • Penutup
Penerbit:
PTS
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
896 Muka Surat
Rak:
L19
Bundle:
K81